Home Aktiviti Hari Guru Contoh Idea Tema Pakaian Hari Guru

Contoh Idea Tema Pakaian Hari Guru

1338
0
Logo Dan Tema Hari Guru 2024
Contoh Idea Tema Pakaian Hari Guru , tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia sebagai penghargaan kepada guru/ cikgu yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan.
Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar.
Tugas guru pada masa kini pula semakin mencabar yang mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Berkenaan dengan tema sambutan, pilihlah tema yang bersesuaian dengan akhlak dan adab kita, perkara yang paling penting adalah ia tidak melanggar syariat Islam terutamanya berkenaan pakaian dan persembahan.
Biarpun kita ingin menzahirkan kegembiraan, tetapi harus diingat Islam mengajar kita adab dan akhlak, tidak semua perkara yang kita suka itu dibenarkan. Mungkin bagi kita ia biasa, namun jika Islam melarang maka ia tetap salah biarpun ia menyeronokkan.

Contoh Idea Tema Pakaian Hari Guru

Senarai Contoh Idea Tema Hari Guru

1. Tema Kalau Aku Bukan Guru
2. Tema Kembali Ke Sekolah
3. Tema Pakaian Tradisional
4. Tema Kesultanan Melayu
5. Tema Klasik/Retro
6. Tema Superhero
7. Tema Pakain Kampung
8. Tema Cerita Dongeng Melayu
9. Tema Islamik
10. Tema Kartun
11. Tema Aloha Hawai
12. Tema Holiday
13. Tema pakaian Pengantin Baru
Ini adalah cadangan tema yang boleh guru-guru lakukan di sekolah, terpulang kepada guru-guru sama ada nak ada tema atau pun tidak, tidak semestinya kena ada tema baru meriah, kadang-kadang tiada tema itu lebih meriah. Apa pun ia bergantung kepada persetujuan warga sekolah anda.
Semoga Hari Guru yang bakal disambut pada 16 Mei semoga berjalan dengan lancar dan teratur. Kongsikan kepada rakan-rakan anda agar ia bermanfaat.
Related Post:-
PENGATURCARAAN MAJLIS HARI GURU 2024

Contoh Idea Tema Pakaian Hari Guru 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil  Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Contoh Idea Tema Pakaian Hari Guru 2