Home Aktiviti Persekolahan Ciri Pemimpin Dan Kepimpinan Pelajar Di Sekolah

Ciri Pemimpin Dan Kepimpinan Pelajar Di Sekolah

250
0
Ciri Pemimpin Dan Kepimpinan Pelajar Di Sekolah 
Siapakah pemimpin?
– Pemimpin ialah ketua sesuatu kumpulan atau organisasi atau kerajaan atau negara.
– Menjadi pemimpin boleh jadi melalui pemilihan atu perlantikan atau warisan atau keturunan atau peperangan atau pemberontakan.
– Pemimpin mempunyai kuasa dan pengaruh dimana orang yang dipimpinnya perlu mengikut arahannya.
Definisi Kepemimpinan
– Kepemimpinan sebagai daya penggerak sumber dan alat yang terdapat dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat.
– Kepemimpinan adalah aktiviti mempengaruhi orang supaya mereka berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat kumpulan.

Ciri Pemimpin Dan Kepimpinan Pelajar Di Sekolah

Etika pemimpin pelajar sekolah
  • Amanah, jujur dan ikhlas
  • Adil dan saksama
  • Berhemah tinggi dan berdisiplin
  • Mendampingi semua pihak
  • Sentiasa di hadapan.
  • Arif dan mahir terhadap peraturan
  • Sentiasa menjaga maruah
  • Cemerlang akademik dan kokurikulum
PEMIMPIN
P  –  Perancangan
E  –  Efektif (berkesan)
M  –  Matlamat/Wawasan/Visi
I  –  Ikhlas / Jujur
M  –  Model / Role Model
P  –  Proaktif / Progresif
I  –  Inisiatif / Daya Usaha
N  –  Neutral / Tidak Prejudis
Ciri-ciri Pemimpin Pelajar Yang Berkesan
  • Mempunyai perancangan
  • Bekerja dengan efisien, cekap dan yakin
  • Ada matlamat yang jelas
  • Berinisiatif dan berinovatif
  • Menjadi model (role model)
  • Proaktif dan progresif
  • Ikhlas dan amanah terhadap tugas kepemimpinannya
  • Niat yang jujur
Gaya Kepemimpinan
1. Gaya Autokratik  –  Arahan daripada pemimpin dan tiada penglibatan pengikut dalam membuat keputusan.
2. Gaya Demokratik  –  Peminpin menggalakkan perbincangan dan membuat keputusan secara bersama.
3. Gaya Laissez-Faire  –  Pemimpin memberi kebebasan sepenuhnya dan setiap orang boleh membuat keputusan sendiri.
Jenis pemimpin
1. Karismatik   –   Tingkah laku pemimpin yang bereyakinan, berkebolehan, berwawasan, kesungguhan dan luar biasa, agen perubahan dan peka pada persekitaran.
2. Transformasi  –  Pemimpin yang memberi fokus terhadap moral dan motivasi dalaman yang tinggi. Bersifat kemanusiaan, adil, jujur dan tidak emosional, tidak tamak, rasional dan mencemburui pengikutnya.
3. Transaksi  –  Pemimpin yang menggunakan motivasi luaran, ganjaran, mengamalkan pendekatan laissez-faire.
4. Islam  –  Kepimpinan adalah amanah daripada Tuhan. Pemimpin mengamalkan prinsip syura (rundingan), adil, demokratik, setia, ikhlas, mengikut syariat dan kepercayaan penuh epada pemimpin.
Asas-Asas Kepemimpinan Pelajar Sekolah
  • Mempunyai bakat semulajadi dan dikembangkan.
  • Keikhlasan dan kejujuran berkhidmat.
  • Bijaksana dan panjang akal.
  • Berkeyakinan diri.
  • Berdisiplin, boleh diteladani dan sebagai role-model.
  • Aktif dalam gerak kerja sekolah.
  • Kemas, menepati masa, pandai bergaul, tidak berlagak, tidak sombong dan disegani.
  • Kesetiaan terhadap organisasi/kelab/persatuan
  • Pencapaian akademik yan baik.
  • Ketrampilan dan penglibatan aktif dalam kurikulum dan kokurikulum.
  • Mempunyai minat yang mendalam sebagai pemimpin.
  • Sentiasa bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan.
  • Bijak membuat keputusan dan mampu menangani masalah.
Komunikasi berkesan kepemimpinan pelajar
  • Gunakan nama semasa berkomunikasi.
  • Senyuman yang manis.
  • Beri penghargaan secara jujur dan ihlas.
  • Tunjukkan minat yang tulen.
  • Elakkan mengkritik atau ‘complain’.
  • Tunjukkan minat keinginan untuk berkomunikasi.
  • Menjadi pendengar yang baik.
  • Menggunakan kemahiran melayan yang berkesan, ‘eye contact’, ‘body language’.
  • Bercakap apa yang pendengar berminat.
  • Batlah pendengar berasa dirinya begitu penting.
  • Tidak mempunyai prejudis atau prasangka negatif.
  • Hargai pendapat dan pandangan pendengar.
  • I’m OK  =  You’re OK
  • Panggil nama manjanya…
  • Beri penghargaan dan ucapan…
  • Mata bertentang mata semasa bercakap…
  • Ukir senyuman semanis-manis senyuman…
  • Ucapkanlah kata-kata pujian termasuk ‘terima kasih’…
Halangan komunikasi kepemimpinan pelajar
  • Melabel / Mengejek
  • Menghukum / Menuduh / Mengkritik
  • Mengarah / Memerintah
  • Membebel / Berleter
  • Menggunakan bahasa yang tidak tepat / mengelirukan
  • Arahan yang tidak jelas
  • I’m OK = You’re not OK
  • Berlagak
  • Menyindir / Memperli
Ciri-ciri pemimpin pelajar sekolah yang berjaya dan dihormati
  • Karisma diri pemimpin yang dihormati dalam organisasi.
  • Mengetahui dengan jelas matlamat yang ingin dicapai
  • Mengurus organisasi dengan berkesan untuk mencapai matlamat.
  • Berkebolehan membuat perancangan yang tepat untuk mencapai matlamat.
  • Berkomunikasi atau penerangan idea kepada orang laindengan baik dan berkesan.
  • Bijak membuat keputusan, menilai semua kemungkinan, menimbang kelebihan dan kekurangan.
  • Mengakui dan menggunakan kepakaran orang lain untuk mencapai matlamat.
  • Pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.
  • Jangan takut buat silap.
  • Libatkan semua ahli dalam organisasi.
  • Jadilah seorang yang fleksibel dan adaptif.
  • Miliki visi yang berpandangan jauh.
  • Berilah latihan dan peningkatan diri.
  • Sanggup ambil risiko.
  • Berikan dorongan kepada orang lain untuk lebih kreatif dan inovatif.
  • Menggalakkan bekerja dalam satu pasukan.
  • Memberi ganjaran kepada mereka yang bertugas dengan baik.
Sebagai Pemimpin Pelajar Di Sekolah, Adakah Anda Telah Berusaha…
1. Membantu guru-guru membuat perancangan dan pengurusan aktiviti organisasi seperti kelab, persatuan akademik, pasukan unit beruniform, rumah sukan dsbnya.
2. Membentuk organisasi kepemimpinan agar mantap, berwibawa dan berkesan.
3. Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, ikhlas dan amanah.
4. Memastikan semua ahli hadir dalam setiap perjumpaan dan aktiviti yang dijalankan.
5. Memantau dan membuat penilaian aktiviti yang dijalankan.
Apakah harapan sekolah kepada anda sebagai pemimpin?
  • Anda sebagai senior di kalangan rakan-rakan dan pelajar-pelajar lain.
  • Anda sebagai mentor.
  • Anda sebagai ‘role model’.
  • Anda sebagai tulang belakang sekolah.
  • Anda sebagai pemacu kejayaan sekolah.
  • Anda sebagai pewaris budaya kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sekolah.
Related Post: 
Ciri Pemimpin Dan Kepimpinan Pelajar Di Sekolah
12 Tips Ketika Berucap Di Hadapan
Tips Menghindari Perasaan Takut Sebelum Memulakan Pengucapan
Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis

Ciri Pemimpin Dan Kepimpinan Pelajar Di Sekolah 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil  Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Ciri Pemimpin Dan Kepimpinan Pelajar Di Sekolah 2