Tips Menghindari Perasaan Takut Sebelum Memulakan Pengucapan, Setiap guru pasti tidak terlepas dari berucap di khalayak ramai bukan, sama ada di hadapan murid, di hadapan guru guru ataupun di hadapan ibu bapa dan penjaga.
Oleh yang demikian kemahiran dan keberanian untuk berucap atau berhadapan dengan audien sangat penting untuk dikuasai. Bukan semua orang dilahirkan petah berbicara, semua kemahiran ini datang dengan latihan dan praktikal yang berulang-ulang.
Perasaan gementar itu sememangnya ada, biarpun kita sudah beratus kali berucap namun cara dan kaedah kita mengawal gementar itu yang membezakannya. Kita mungkin hairan bagaimana seseorang itu boleh bercakap lancar tanpa terputus, idea datang mencurah-curah, tidak nampak langsung gementar, sebenarnya itulah kekuatan orang yang dikurniakan ilham oleh Allah S.W.T.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Tips Menghindari Perasaan Takut Sebelum Memulakan Pengucapan. Semoga Bermanafaat kepada semua…
Tips Menghindari Perasaan Takut Sebelum Memulakan Pengucapan
Berikut beberapa tips menghindari perasaan takut sebelum memulakan pengucapan di khalayak ramai mahupun awam:
1. Hafal minit pertama ucapan anda.
2. Rancang tiga sehingga lima ayat pertama dan sentiasa berlatih.
3. Latihan, latihan, latihan!
4. Tiba awal di majlis berkenaan.
5. Sekiranya boleh, berucap pada giliran awal.
6. Tarik nafas dan hembuskan dengan lega.
7. Pedulikan rasa takut.
8. Bercakap sekiranya ada peluang.
9. Buatkan rasa terangsang atau ghairah untuk berucap.
10. Tidak ada orang yang mati semasa anda berucap, ia adalah selamat.
11 . Berucap secara positif kepada penonton. Jangan katakan “Saya tidak bersedia”
12. Berucap secara positif kepada diri sendiri katakanlah. ”lni adalah ucapan saya yang terbaik.”
13. Berucap dengan topik yang anda biasa gunakan dan anda punyai kepercayaan kepadanya.
14. Ingatlah selalu orang mahu melihat anda cemerlang di hadapan penonton.
15. Berikan tumpuan pada komunikasi, susunan format dan jangan gugup.
16. Luahkan, jangan pendamkan.
Related Post:
Ciri Pemimpin Dan Kepimpinan Pelajar Di Sekolah
12 Tips Ketika Berucap Di Hadapan
Tips Menghindari Perasaan Takut Sebelum Memulakan Pengucapan
Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis
Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai
Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.
Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.
2. Semak Jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.