
12 Tips Ketika Berucap Di Hadapan, Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan platform lati tubi untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi 12 Tips Ketika Berucap Di Hadapan Khalayak Ramai. Semoga Bermanafaat kepada semua… |
Berikut senarai perkara yang perlu kita patuhi untuk menjadi pengucap yang hebat:
1. Jangan menunjuk-nunjuk kesalahan anda walaupun anda sedarinya.
2. Jadilah diri anda sendiri tanpa meniru bulat-bulat suara orang lain terutamanya.
3. Gunakan laras bahasa yang baik dan pakaian yang sesuai dengan majlis.
4. Sebut idea yang kreatif dan baru.
5. Fikir dan berucap dalam bentuk outline atau perenggan dan jangan membaca satu-persatu ayat anda seperti murid.
6. Sekiranya anda tersangkut dalam ucapan anda, anda tidak perlu mengulangi ayat anda kecuali ia penting.
7. Habiskan ucapan anda sebelum penonton menghabiskannya, ia bermaksud ucapan anda hendaklah tidak terlalu membosankan, biar ringkas tetapi padat.
8. Setiap ucapan disebut dengan yakin.
9. Tujuan pengucapan awam bukanlah bagi memuji yang keterlaluan atau memaki hamun tetapi menyampaikan pesanan dan maklumat itu yang paling penting.
10. Mulakan pembuka bicara yang menarik yang membuatkan orang tertarik.
UNTUK NOTA TAMBAHAN DOWNLOAD
12 Tips Ketika Berucap Di Hadapan Khalayak Ramai
Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai
Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.
Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.
2. Semak Jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.