Home Aktiviti Persekolahan Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis

Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis

882
0
Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis
Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis, Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan.
Pengacara juga mesti mempunyai ketrampilan dalam penggunaan bahasa sama ada dalam lisan atau tulisan. Ketrampilan ini penting memandangkan tumpuan majlis tertumpu kepada pengacara.
Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka, pengacara itu dapat mengatasi masalah dengan baik. Mereka juga perlu mengetahui protokol, etiket sosial, cara berpakaian dan sebagainya. Pengacara juga dikenali sebagai juruacara @ Master Of Ceremony (mc).

Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.

Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis

Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis
Beberapa Persediaan (Sebagai Pengacara Majlis) Perlu Dilakukan Sebelum Menjayakan Majlis Iaitu:
(1) Maklumat program – perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai program tersebut iaitu objektif serta kategori peserta yang akan hadir.
(2) Penyediaan teks pemilihan perkataan atau ayat yang sesuai dengan konsep majlis serta kategori peserta (audience).
(3) Latihan (Rehearsal) untuk mendapatkan dan merasai suasana majlis dengan lebih baik, adalah digalakkan untuk melaksanakan latihan sebelum majlis sebenar (bagi majlis rasmi/formal).
(4) Uji lari bantuan audio visual memastikan kekuatan suara dan kesesuaian sekiranya menggunakan alat bantu audio visual.
(5) Tenaga – perlu memastikan tenaga mencukupi sehingga ke akhir majlis atau program.
(6) Pengkayaan prosa kata (Vocabulary Enrichment) memastikan ucapan serta kata-kata yang dilontarkan seperti pada Perkara (2) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis
Perkara Yang Perlu Dielakkan:
(1) Perasaan takut dan malu.
(2) Penggunaan perkataan yang tidak bersesuaian.
(3) Kerap mengulang ayat yang sama.
(4) Bertutur dengan laju.
(5) Terlalu terikat dengan skrip.
(6) Membuka pekung sendiri (contoh: memaklumkan bahawa anda adalah Pengacara Majlis ganti atau ini adalah pertama kali anda bertugas sebagai Pengacara Majlis).
Seorang Pengacara Majlis perlu mempunyai identiti/trademark yang tersendiri. Ini penting dan dapat membantu terutamanya jika berlaku perkara-perkara diluar jangka ketika majlis sedang berlangsung.
Selian itu, anda juga perlu bijak menggunakan tagline yang bersesuaian, pandai menarik perhatian peserta sehingga ke akhir acara serta berjaya meninggalkan mesej dan kekal di ingatan hadirin.

UNTUK DOWNLOAD :

Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis

Related Post: 

12 Tips Ketika Berucap Di Hadapan
Tips Menghindari Perasaan Takut Sebelum Memulakan Pengucapan
Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis

Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    Panduan Menjadi Pengacaraan Majlis 2