Home Artikel Doa Agar Terbebas dari Masalah

Doa Agar Terbebas dari Masalah

443
0

Doa Agar Terbebas dari Masalah… Semua insan akan selalu menghadapi berbagai masalah dan hal itu merupakan ujian bagi orang-orang beriman, apakah ia akan melibatkan Allah di dalamnya atau malah sebaliknya.

Tapi masalah bukan untuk membuat kita merutuki hidup, apalagi sampai marah pada Allah SWT yang Maha Mengatur hidup manusia dan semesta alam. Menghadapi masalah bisa jadi cara Allah SWT untuk mendewasakan kita, melatih kesabaran atau untuk naik kelas. Dalam salah satu ayat, Allah SWT berfirman, ia tak akan memberi ujian lebih berat dari yang kita mampu. Artinya, Allah SWT menyadari kemampuan manusia yang terbatas, oleh karena itu ia memberi ujian sebatas kemampuan kita mengatasinya. Mungkin kita merasakannya sebagai ujian yang sangat berat, tapi Dia melihat kita akan mampu melaluinya.

Rasulullah Muhammad SAW juga memberi kita amalan dan doa agar terbebas dari masalah. Rasul mengajarkan doa-doa yang bisa kita baca di pagi dan petang, bahkan setiap waktu ketika kita merasa beban begitu berat. Tugas manusia adalah bersabar, dan menghadapi segala ujian dari Allah SWT dengan berpegang pada keyakinan, Allah tak akan memberi kita ujian melampaui yang mampu kita terima.

Disini disediakan Doa Agar Terbebas dari Masalah yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Doa ketika menghadapi masalah

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

“Allahumma innii as-alukal ‘afwa wal ‘aafiyah fid dun-yaa wal aakhirah. allahumma innii as-alukal ‘afwa wal ‘aafiyah fi diini wa dunyaa-ya wa ahlii wa maalii. allahummas-tur ‘au-raatii wa aamin rau-’aatii. allahummah-fadz-nii min baini yadayya wa min khalfii wa ‘an yami inii wa ‘an syimaalii wa min fauqii. wa a-’uudzu bi ‘adzmatika an-ughtaala min tahtii.”

Maksudnya:

“”Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon ampunan dan terbebas dari masalah di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ampunan dan terbebas dari masalah dalam urusan agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku dan tenangkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah! Jagalah aku dari arah muka, belakang, kanan, kiri dan dari atasku, dan aku berlindung dengan kebesaranMu, agar aku tidak dihancurkan dari bawahku.”(HR. Ahmad 4785, Abu Daud 5074, Ibn Majah 3871).”


Allah berfirman dalam surat Al-Baqarah ayat 286 :

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

Doa Agar Terbebas dari Masalah 5

Doa Agar Terbebas dari Masalah 6


Amalkan 14 Tip Ketika Menghadapi Masalah Dan Mendekatkan Diri Pada Allah

1.Terus Paksa diri untuk Mengambil wudk dan solat . Boleh Rujuk Surah Al-Baqarah Ayat 45. Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat

2. Bila ada masalah, ketika air mata mengalir. Saat itu satu sahaja sedarilah bukan orang, bukan duit dan bukanlah segalanya melainkan Allah S.W.T. .

3. Masalah akan sentiasa datang pelbagai arah dengan bertalu-talu. Kita tidak perlu fikir solusi, strategi atau pening apa yang perlu dilakukan. Jawapanya ketika timbul masalah perbayakkan  istighfar dan memohon pada Allah untuk mengampunkan segala dosanya.

4. Tarik perhatian Allah dengan melakukan perkara yang wajib. Amalkan solat 5 waktu tepat pada waktu yang telah ditetapkan dan elakkan dengan tabiat solat di akhir waktu. Tambahkan amalan solat-solat sunat seperti solat sunat Tahajjud.

5. Banyak hutang, masalah rumahtangga, gagal dalam mencari jodoh, kurang rezeki untuk mendapat anak. Bangun tahajjud dan luahkan perasaan kepada Allah ketika semua orang sedang tidur. Tahajjud ibarat Anak Panah yang mengena pada sasarannya.

6. Jangan hanya baca doa yang kita hafal, berbicara dengan Allah dalam doa. Allah amat suka hambanya mengadu padanya. sebagai contoh ” Ya Allah, saya mahu itu dan……..”.

7. Allah uji tanda sayang, bila masalah datang sampaikan kita tidak mampu untuk menangganinya. Perbanyakkan menyebut ” Innalillahi wa innallilahi rojiun”. Jawapanya adalah redha dengan apa yang dah berlaku pada situasi tersebut.

8. Sentiasa Zikir  ” La hau Quwwata Billah”. Biasakan Selawat ini untuk meleraikan segala masalah. Amalkan selawat Shifa dan Tafrijiyyah.

9. Sentiasa berkawan dengan orang yang soleh dan perbanyakkan dapatkan nasihat dari mereka. Orang yang mulia sentiasa ada cahaya dalam percakapanya. In Shaa Allah hati kita akan lebih dekat pada Allah.

10. Sentiasa minta maaf dan rendahkan ego jika buat salah terutamanya pada Allah, Mak Ayah, Adik-beradik, Keluarga dan para sahabat. Mak dan Ayah perlulah cium tangan dan dahi mereka minta doakanlah kesejahteraan kita.

11. Bersedekah, semakin banyak masalah perbanyakkan sedekah. Allah akan mengantikan dengan 10 lipat kali ganda pahala dan menjaga diri kita daripada bala yang menimpa.

12. Hidup ini umpama untuk menyelesaikan masalah. “LIFE IS TO SOLVE PROBLEM” tulah mutiara kata dari barat. Hidup ini diibaratkan sebagai UJIAN bagi kita untuk mendapatkan keredahaan dari Allah. Masalah itu adalah ujian, tapi ujian bukan masalah. Ini kerana kita tahu ujian itu datang dari Allah.

13. Iringi masalah kita dengan taat pada Allah dahulu. Baca dan memahami Al-Quran sekaligus mempratikan dalam hidup kita. Kuncinya adalah “semakin banyak masalah, semakin taat pada Allah”.

14. Tenangkan hati dengan sentiasa ingat pada Allah selepas itu usaha dan ikhtiar. Imbas semula kesusahan yang kita hadapi yang lepas, kita sangka kita tak dapat lepas ujian itu tapi ternyata hari ini kita masih hidup. Allah selamatkan kita, yakinlah kali ini juga Allah pasti selamatkan kita. Bershukur  bila kita ada masalah, Allah masih sayang kita dan mahu mengankat darjat kita.


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Doa Agar Terbebas dari Masalah …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.