Home Aktiviti Harian Doa Agar Anak Menjadi Soleh Dan Solehah

Doa Agar Anak Menjadi Soleh Dan Solehah

5158
0
Doa Anak Soleh Solehah
Doa Agar Anak Menjadi Soleh Dan Solehahsemua orang bercita-cita dikurniakan anak – anak yang soleh. Ya pasti, kerana itulah perkara yang paling membahagiakan hati setiap ibu bapa.
Cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak-anak anda yang akan mendoakan anda apabila anda mati kelak? Yang akan memimpin tangan kita untuk masuk ke syurga.
Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat.
Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita.
Disini disediakan Doa Agar Anak Menjadi Soleh Dan Solehah yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Doa Agar Anak Menjadi Soleh Dan Solehah

Doa Agar Anak Menjadi Soleh Dan Solehah

Doa Agar Anak Menjadi Soleh Dan Solehah 1

“Allahummaj ‘al awladana awladan sholehiin haafizhiina lil qur’ani wa sunnati fuqoha fid diin mubarokan hayatuhum fid dun-ya wal akhirah.” 
Maksudnya:
“Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami anak yang sholeh sholehah, orang-orang yang hafal Al-Qur’an dan Sunnah, orang-orang yang faham dalam agama dibarokahi kehidupan mereka didunia dan di akhirat.”

Doa Agar Anak Taat Pada Orangtua Dan Allah

Doa Agar Anak Menjadi Soleh Dan Solehah 2

Allahumma barikliy fii awladiy, wa la tadhurruhum, wa waf fiqhum li tho’atik, war zuqniy birrohum. 
Maksudnya:
“Ya Allah berilah barokah untuk hamba pada anak-anak hamba, janganlah Engkau timpakan mara bahaya kepada mereka, berilah mereka taufik untuk taat kepadaMu dan karuniakanlah hamba rejeki berupa bakti mereka.”

Doa Nabi Zakaria agar diberi anak yang Baik

Doa Agar Anak Menjadi Soleh Dan Solehah 3

“Robbiy habliy mil ladunka dzurriyyatan thoyyibatan innaka sami’ud du’a’.”
Maksudnya:
“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.”
(QS.Al Furqon : 38)

Doa untuk anak agar beriman dan bertakwa

Doa Agar Anak Menjadi Soleh Dan Solehah 4

“Robbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrota a’yun waj ‘alna lil muttaqiina imama”
Maksudnya:
“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” (QS.Al-Furqon : 74)
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Agar Anak Menjadi Soleh Dan Solehah 5

 


Penutup

Semoga doa-doa diatas boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa dalam memohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan beriman.
InsyaaAllah, dengan usaha yang keras, cara yang berhikmah dan selalu memohon doa serta pertolongan daripada Allah, kita akan berjaya.

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal
Doa Agar Anak Menjadi Soleh Dan Solehah …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.