Home Artikel Doa Waktu Pagi Dan Petang

Doa Waktu Pagi Dan Petang

1426
0

Doa Waktu Pagi Dan Petang …Membaca doa atau zikir-zikir pagi dan petang adalah tugas harian seorang muslim yang paling mulia, sehingga Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam sendiri telah menentukan doa atau zikir-zikir khusus dalam banyak hadis pada dua waktu tersebut.

Waktu doa dan zikir pagi adalah setelah solat subuh sampai terbit matahari. sedangkan waktu doa dan zikir petang adalah setelah solat asar sampai Maghrib. Ada yang mengatakan waktunya sampai terus berlanjut setelah Maghrib sampai sepertiga atau separuh malam. Bila belum sampai membaca, boleh dibaca setelah waktu-waktu tersebut, selama masih waktu pagi dan petang.

Disini disediakan Doa Waktu Pagi Dan Petang yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Doa Di Waktu Pagi

Doa Waktu Pagi Dan Petang 9

ALLOOHUMMA BIKA ASHBAHNAA WA BIKA AMSAINAA
WA BIKA NAHYAA WA BIKA NAMUUTU WA ILAIKAN NUSYUUR

Maksudnya:

“Ya Allah, kerana Engkau kami mengalami waktu pagi dan waktu petang dan kerana Engkau kami hidup dan mati dan kepada-Mu juga kami akan dibangkitkan (dikumpulkan).”


Doa Di Waktu Petang

Doa Waktu Pagi Dan Petang 10

ALLOOHUMMA BIKA AMSAINAA WA BIKA ASHBAHNAA
WA BIKA NAHYAA WA BIKA NAMUUTU WA ILAIKAL MASHIIR

Maksudnya:

” Ya Allah, kerana Engkau kami mengalami akan waktu petang dan pagi, kerana Engkau kami hidup dan mati dan kepada-Mu juga kami akan kembali.”

Doa Waktu Pagi Dan Petang 11

Doa Waktu Pagi Dan Petang 12


Amalkan Doa Dan Zikir Khusus Di Waktu Pagi 

– Daripada al-Munzir r.a., sahabat Rasulullah SAW, yang ketika itu sedang berada di Afrika. Dia berkata,

“Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesiapa yang melafazkan kalimah ini pada pagi hari,

رَضِيتُ بِاللهِ رَبًّا ، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا ، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا

‘Aku telah redha ALLAH TUHANku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad Nabiku.’

Maka akulah (Nabi SAW) pemimpin (kaum muslimin) dan aku pasti memegang tangannya hingga aku memasukkannya ke syurga.’” (Silsilah Ahadith al-Sahihah no. 2686) (Silsilah Ahadith al-Dha’ifah no. 5020)

Daripada Abdurrahman bin Abza, daripada ayahnya, dia berkata,

“Rasulullah SAW pernah mengajar kami apabila salah seorang dari kami berada pada pagi hari, maka hendaklah dia berdoa,

أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ ، وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا مُسْلِمًا ، وَمَا كَانَ مِنَ    الْمُشْرِكِينَ   

‘Kami berada pada pagi hari di atas fitrah Islam, kalimah ikhlas (dua kalimah syahadah), agama Nabi kami SAW dan agama nenek moyang kami Ibrahim yang lurus dan seorang muslim dan dia tidak di antara orang-orang yang musyrik.’” (Silsilah Ahadith al-Sahihah no. 2989)

– Daripada Juwairiyah r.a. bahawa,

Nabi SAW keluar dari rumah Juwairiyah r.a. pada pagi hari setelah solat Subuh. Ketika itu Juwairiyah masih berada di tempat solatnya. Kemudian Baginda kembali pada waktu Dhuha sedangkan Juwariyyah masih duduk di tempatnya. Maka Baginda berkata, “Kamu masih belum beranjak dari tempatmu sejak aku keluar meninggalkanmu?”

Juwairiyah menjawab, “Ya.” Nabi SAW berkata, “Setelah aku keluar tadi، aku sedang melafazkan empat rangkai kata sebanyak tiga kali yang seandainya dibandingkan dengan apa yang telah kamu baca seharian tentu akan sama (sebanding). Iaitu ucapan,

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

‘Maha Suci ALLAH dengan segala Puji-NYA, Maha Suci ALLAH sebanyak hitungan makhluk-NYA menurut keredhaan-NYA, menurut kebesaran ‘Arasy-NYA dan sebanyak paparan kalimah-NYA.’” (Silsilah Ahadith al-Sahihah no. 2516)

– Daripada Abu Musa r.a., dia berkata,

“Suatu ketika datang Rasulullah SAW saat kami sedang duduk-duduk, lalu Baginda bersabda, ‘Tidaklah aku berada pada pagi hari kecuali aku memohon ampun kepada ALLAH ketika itu sebanyak 100 kali.’” (Silsilah Ahadith al-Sahihah no. 1600)


Amalkan Doa Dan Zikir Khusus Di Waktu Petang

Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata bahawa,

Ada seorang lelaki datang menemui Nabi SAW, maka dia berkata, “Wahai Rasulullah! Aku tidak menemukan sesuatu pun malam tadi kecuali kala jengking yang mengigitku.”

Baginda bersabda, “Seandainya kamu berdoa pada petang hari sebanyak tiga kali (dengan membaca),

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

‘Aku berlindung kepada ALLAH dengan kalimah-NYA daripada semua kejahatan apa-apa daripada yang diciptakan.’

Maka tidak ada sesuatupun yang akan membahayakanmu.” (Ringkasan Sahih Muslim no. 1453) (Sahih al-Tirmizi no. 3604)


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Doa Waktu Pagi Dan Petang …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.