Home Artikel Doa Penghujung Umur Yang Baik

Doa Penghujung Umur Yang Baik

1538
0

Doa Penghujung Umur Yang Baik…tanda Allah SWT kasih kepada hamba-Nya adalah Dia memberi pertolongan, rahmat dan keberkatan dalam kehidupan.

Terdapat lima keberkatan yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-Nya iaitu umur, rezeki, ilmu pengetahuan, keberkatan pada kehidupan berkeluarga serta keberkatan berjemaah.

Umur adalah sebahagian masa yang kita lalui di dunia ini. Ada mengiktiraf masyarakat Jepun antara manusia yang mempunyai umur paling panjang di dunia.

Manusia tidak mengetahui sampai bila mereka akan hidup di dunia ini. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Manusia juga tidak dapat mengurangkan atau menambahkan jangka hayatnya.

Adakah kita hanya berbangga dengan peningkatan usia, tetapi ia tidak seiring dengan kebaikan yang kita lakukan?

Disini disediakan Doa Penghujung Umur Yang Baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Doa Penghujung Umur Yang Baik

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ، وَخَيْرَ عَمَلِ خَوَاتَِهُ
وَاجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ

Maksudnya:

“Wahai Allah! Jadikanlah sebaik-baik umurku
adalah pada penghujungnya, dan sebaik-baik amalanku sebagai
penutupnya. Dan jadikanlah sebaik-baik hariku, adalah hari
dimana daku berjumpa dengan-Mu kelak.”

Riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal
al-Yaum wa al-Lailah (121) dan al-
Tabarani dalam al-Ausat (9411)

Doa Penghujung Umur Yang Baik 5

Doa Penghujung Umur Yang Baik 6


Jangan Menpersiakan Kurniaan Umur  Yang Panjang

Umur adalah amanah besar yang mesti dipelihara. Ia harus dimanfaatkan dengan pelbagai kebaikan dan amalan soleh.

Panjang atau pendek usia itu bukan ukurannya. Apa yang lebih penting adalah kualiti amalan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya, maka hendaklah ia berbuat baik kepada kedua-dua orang tuanya dan mengeratkan silaturahim.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Ketika ditanya tentang siapa orang yang paling baik, Rasulullah SAW menjawab: “Iaitu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Sedangkan orang paling buruk adalah mereka yang panjang umurnya tetapi buruk amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Setiap Muslim juga perlu sedar kematian akan datang tanpa diduga. Sudah menjadi fitrah manusia mencintai harta dan kesenangan dunia.

Mereka juga menyukai umur yang panjang, bahkan semakin usia bertambah, keinginan terhadap hal itu semakin bertambah.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Ketika anak Adam semakin tua, dua perkara semakin besar juga bersamanya: cinta harta dan panjang umur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Orang yang banyak kebaikannya, setiap kali usianya bertambah, pahalanya juga bertambah. Darjatnya di sisi Allah SWT juga semakin tinggi.

Sebaliknya, seburuk-buruk manusia adalah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya.

Sesiapa yang menghabiskan masa hidupnya untuk kebaikan, dia akan menjadi manusia yang beruntung dan berjaya.

Syeikh Abdul Rauf al-Munawit menjelaskan: “Oleh sebab keadaan seseorang itu bertambah dan meningkat dari satu kedudukan kepada kedudukan lain hingga dia berasa betapa dekatnya dia kepada Allah.”

Orang beriman akan berusaha mencari bekalan akhirat dan menambahkan amalannya.

Antara amal soleh paling berkesan untuk memanfaatkan masa seperti disarankan Baginda SAW ialah memberi sedekah, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, berbakti kepada ibu bapa dan mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan ukhuwah sesama insan.


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.
  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
Doa Penghujung Umur Yang Baik…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.