Home Artikel Doa Hindari Dari Wabak Penyakit

Doa Hindari Dari Wabak Penyakit

577
0

Doa Hindari Dari Wabak Penyakit …Allah SWT menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit termasuk Covid-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Selain pencegahan dari aspek kesihatan dari segi kerohanian juga jangan kita abaikan.

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153) Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang terbaik untuk meminta pertolongan Allah dalam menghadapi pelbagai musibah (di antaranya kesulitan dalam hidup dan wabak penyakit serta apa jua bencana) adalah dengan bersabar dan solat.

Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Nabi SAW apabila baginda diajukan suatu masalah maka baginda akan segera menunaikan solat. (HR. Abu Daud dan Ahmad daripada Hudzaifah bin Yaman RA)

Disini disediakan Doa Hindari Dari Wabak Penyakit yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

Maksudnya:

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

(Hadith Riwayat Abu Daud)

‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya:

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)


Doa Untuk Mengubati Penyakit

Doa Hindari Dari Wabak Penyakit 7

Maksudnya:

“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, Tuhan yang
menyembuh penyakit, sembuhkanlah (penyakit hamba-Mu ini)
kerana Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada yang menyembuhkan melainkan penyembuhan daripada-Mu, (jadikanlah ia) penyembuhan yang tidak diulangi dengan penyakit lagi.”
(Riwayat al-Bukhari: 5743)


Doa Untuk Melegakan Kesakitan

أَع وذ بِعِزَةِ الَلِّ وَق دْرَتِهِ مِن شَرِِ مَا أَجِ د وَأ حاذِ ر

Maksudnya:

“Aku berlindung dengan Allah dengan ketinggian dan
kekuasaan-Nya daripada penyakit apa yang aku deritai dan aku bimbangkan. ”  

(Riwayat Muslim, 2202)

Doa Hindari Dari Wabak Penyakit 8

Doa Hindari Dari Wabak Penyakit 9


Langkah PENCEGAHAN (1): Perlindungan Rohani

1.Berdoa dan bermunajat kepadaAllah SWT

Dan Tuhan kamu berfirman:
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu.” (Surah Ghaafir, 40:60)

2. Banyakkan istighfar, zikir, selawat ke atas Nabi SAW

Zikrullah (mengingati Allah SWT) merupakan amalan yang paling utama di sisi Allah SWT: “…dan sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya). (Surah al-
Ankabut 29: 45)

3. Solat subuh tepat pada waktunya

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang bersolat subuh maka dia akan sentiasa berada
dalam perlindungan Allah SWT.” (Riwayat Muslim: 657)

4. Solat Dhuha

Allah SWT berfirman (Hadith Qudsi), maksudnya: “Wahai anak Adam, solatlah 4 rakaat (dhuha) untuk Ku pada awal hari, nescaya Aku sempurnakan bakihari mu.” (Riwayat al-Tirmizi: 475)


Langkah PENCEGAHAN (2): Perlindungan Diri

1.Duduk di rumah

Jangan keluar rumah melainkan betul-betul perlu. Sekiranya perlu keluar untuk mendapatkan barang keperluan rancanglah dengan teliti supaya dapat membeli barang dengan secukupnya untuk mengelakkan kekerapan keluar rumah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Keselamatan bagi seseorang itu pada zaman fitnah (terutama penyakit berjangkit) ialah bahawa dia menempatkan diri di dalam rumahnya. (Sahih al-Jami’ al-Soghir: 3649)

2. Jauhi tempat-tempat yang berisiko

Elakkan berada di tempattempat sesak dan berisiko.

3. Penjarakan sosial

Pastikan anda sentiasa menjarakkan diri 1 meter dari orang lain dalam semua keadaan.

4. Sekiranya anda keluar rumah, pastikan;

a. Pakai penutup muka, dan buang dengan teratur selepas diguna

b. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut

c. Sentiasa menggunakan hand sanitizer dan basuh tangan sekerap mungkin terutamanya apabila balik ke rumah

Allah SWT melarang perbuatan yang mendedahkan kepada kemudaratan. Firman-Nya yang bermaksud :“…dan janganlah
kamu sengaja mencampakkan diri kedalam bahaya kebinasaan”.(Surah al-Baqarah,2:195)


Langkah PENCEGAHAN (3): Ketika Bergejala

Langkah yang perlu diambil apabila terdapat gejala

1. Mengasingkan diri (kuarantin)
2. Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT
3. Sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pakar kesihatan
4. Jangan berlengah untuk mendapatkan bantuan sekiranya anda memerlukan pertolongan
5. Dilarang hadir untuk solat berjemaah

Perkara yang perlu dilakukan semasa KUARANTIN diri di rumah

Sekiranya anda atau orang yang tersayang menunjukkan gejala penyakit COVID-19, adalah penting untuk mengasingkan diri
(kuarantin) dengan segera bagi mengelak penularan penyakit ini.

  • Banyakkan solat sunat seperti solat hajat dan solat dhuha
  • Membaca al-Quran
  • Sentiasa mengingati Allah SWT dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid
  • Berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT.
  • Banyakkan berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad
    SAW
  • Membaca buku ilmiah dan bermanfaat
  • Mendengar tazkirah atau peringatan yang baik
  • Menghubungi keluarga
  • Muhasabah diri
  • Bersenam
  • Mempelajari kemahiran baharu secara online
  • Minum air secukupnya dan kekalkan gaya hidupsihat

Bersikap POSITIF dan mendekatkan diri kepada Allah SWT

Sekiranya anda diuji dengan virus COVID-19, senantiasalah bersikap positif dan bersangka baik terhadap allah SWT. Semua yang ditentukan Allah SWT ada kebaikan dan hikmah tertentu, sama ada kita sedari atau sebaliknya.

Musibah penghapus dosa

Rasulullah SAW bersabda : Musibah (ujian) tidak akan berhenti
menimpa seseorang hamba sehingga dia berjalan di atas muka
bumi dengan tidak mempunyai dosa.” (Riwayat al-Tirmizi: 2398)

Tanda kasih sayang Allah

Rasulullah SAW bersabda : Apabila Allah SWT mengasihi sesuatu
kaum, maka Dia akan mendatangkan ujian kepada
mereka.(Riwayat al-Tirmizi : 2396)

Allah menjadikan hidup dan mati itu sebagai ujian

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di
antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa
(membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orangorang
yang bertaubat). (Surah al Mulk 67:2)


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Doa Hindari Dari Wabak Penyakit …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.