Home Aktiviti Harian Doa Terhindar Dari Hasad Dengki

Doa Terhindar Dari Hasad Dengki

2963
0
Doa Terhindar Dari Hasad Dengkihampir setiap orang tentu pernah mengalami perasaan dengki dalam hidupnya. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stres dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia daripada penciptaNya.
Hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Cuma sentiasa kena bersyukur dengan apa yang ada.
Disini disediakan Doa Terhindar Dari Hasad Dengki yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Doa Terhindar Dari Hasad Dengki

Doa Memohon Dijauhi Hasad Dengki & Dendam Dalam Keluarga

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ , وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

“Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim.” 
(Surah Al-Hashr: 10)
Maksudnya:
“Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.”
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Terhindar Dari Hasad Dengki 1

 


Sebusuk-Busuknya Tong Sampah, Lebih Busuk Lagi Hati Orang Yang Selalu Dengki Pada Kehidupan Orang Lain

Bahasa Arab sebut dengki tu sebagai ‘hasad’. Tapi dalam Bahasa Melayu bila sebut hasad selalunya diiringi dengan dengki.
Bermula dengan penyakit hasad dengki ini, penyakit berangkai lain akan mula menyerang:
– Penyakit benci
– Penyakit dendam
– Penyakit sombong
Lebih dahsyat lagi, dari penyakit hasad dengki boleh mengundang penyakit yang lebih dahsyat lagi iaitu penyakit ‘Syirik’. Dengan perasaan dengki, ada yang sanggup menggunakan sihir bagi merosakkan hidup seseorang yang lain.
Apa akibat penyakit dengki?
1. Boleh merosakkan amalan ketaatan.
2. Terhalang daripada mendapat syafaat Nabi di akhirat kelak.
3. Akan menghadapi banyak kesukaran hidup.
4. Selalu gagal dalam hidup.
5. Hilang rasa ketenangan sebab hati sudah rosak.

Macamana cara nak merawat hasad dengki?

1. Bila orang yang kita dengki itu beroleh nikmat, pergi berjumpa dengannya dan ucapkan tahniah. Bila dia ditimpa musibah berjumpalah dengannya dan ucapkan takziah.
2. Pujilah keistimewaan orang yang kita dengkikan itu di belakangnya. Dan simpanlah rahsia keaiban dirinya.
3. Selalulah menziarahinya dan berikan hadiah. Nabi SAW ajar dengan memberi hadiah akan mengikat cinta dan kasih sayang. Moga dengan itu dapat menyingkirkan rasa dengki dengannya.
4. Berdoa pada Allah agar dihindari rasa dengki sebab ia adalah perasaan yang didokong oleh syaitan dan nafsu ammarah bissuu’
Baik suami isteri, baik jiran tetangga, baik menantu mertua, baik adik beradik, baik sepupu sepapat, baik ipar biras, baik rakan sepejabat… ingatlah tiada apa yang menguntungkan dengan penyakit hasad, bahkan merugikan diri sendiri dunia dan akhirat.
Hidup tak lama, sibuklah dengan mencari ketenangan dan kebahagiaan itu lebih menguntungkan, baik dunia baik akhirat.

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal
Doa Terhindar Dari Hasad Dengki …..berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.