Home Artikel Doa Memohon Cinta Dalam Islam

Doa Memohon Cinta Dalam Islam

2067
0

Doa Memohon Cinta Dalam Islam …Dalam perjalanan hidup kita sewaktu melewati masa muda pastinya kita seringkali di dalam hati ada benih-benih cinta. Rasa cinta yang menular di dalam hati terhadap seseorang boleh terjadi kepada sesiapa saja. Tidak memandang pada jantina lelaki atau perempuan. Yang pasti benih cinta tersebut akan terus tumbuh pada seseorang dan pastinya cinta kita itu tidak melebihi rasa kasih dan cinta kita pada Allah SWT. Marilah kita doa agar orang yang kita cintai mencintai kita.

Walau bagaimanapun, kerana atas dasar cinta inilah cinta kita terhadap seseorang boleh menjadi abadi, kekal sehingga membawa kepada kebaikan iaitu perkahwinan sebagai jalan pengakhiran cinta. Namun, adakalanya kita mencintai seseorang itu, perasaan yang dipendam itu ternyata kita bertepuk sebelah tangan dan tiada balasan yang mungkin si dia tidak mengetahuinya atau kita malu untuk menyatakannya.

Disini disediakan Doa Memohon Cinta Dan Kasih Sayang yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Doa Pertama Mencintai Seseorang Dalam Islam

Doa yang pertama ini adalah doa masyhur untuk mendapatkan cinta Allah dan cinta orang yang mencintai Allah yang berasal dari Nabi Muhammad Saw. yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi.

اللَّهمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَالعمَل الَّذِي يُبَلِّغُني حُبَّكَ، اللَّهُمَّ اجْعل حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِن نَفسي، وأَهْلي، ومِن الماءِ البارِدِ

“Allahumma Inni-As’aluka Hubbaka Wa Hubba Man Yuhibbuka Wal-Amalalladhi Yuballighuni Hubbak. Allahummaj’al Hubbaka Ahabba Ilaiya Min Nafsi, Wa Ahli Wa Minal-Ma’il-Barid” 

Maksudnya:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, curahan cinta-Mu dan rasa cinta kepada orang-orang yang mencintai-Mu dan kecintaan melakukan perbuatan yang dapat menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah jadikanlah kecintânku kepada-Mu melebihi kecintânku kepada diriku, keluargaku, dan kepada air yang segar. ”


Doa Kedua Mencintai Seseorang Dalam Islam

Doa ini adalah termasuk doa yang diniatkan untuk meluluhkan Orang Yang Dicintai. Jika anda termasuk orang yang mengidam-idamkan agar dicintai seseorang dan menjadi jodohnya, maka anda niatkan berdoa dengan doa berikut ini:

اللَّهُمَّ اِنِّى اَسْاَلُكَ بِهَيْبَةِ عَظَمَتِكَ وَبِسَطْوَةِ جَلَالِكَ اَنْ تَجْعَلَ مَحَبَِّتِى (فلانة بنت فلان) وَاَنْ تُلْقِى المَوَدَّةَ وَالمَحَبَّةَ فِى قَلْبِهَا وَعَطْفِهَا عَلَيَّ بِفَضْلِكَ يَاكَرِيْم

“Allahumma Inni As Aluka, Bi Haibati Adhamatika, Wabi Sathwati Jalaalika An Taj’ala Mahabbatii Fii Qalbii … [sebutkan nama orang yang anda maksud, nama dan ayahnya], Wa antulqil Mahabbata Wal Mawad Data Fii Qalbihi Wa  Aththifhu, Alayya Bi Fadhlika Yaa Kariim.” 

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, berkah wibawa keagungan-Mu dan amukan keluhuran-Mu, agar Engkau jadikan kecintaan di dalam hati …[sebutkan orang yang anda maksud, nama dan ayahnya]. Dan resapkanlah kecintaan dan kasih sayang terhadapku di dalam hatinya. Dan cenderungkan ia padaku lewat anugerah-Mu.Wahai Dzat yg Maha Mulia. ”


Doa Ketiga Mencintai Seseorang Dalam Islam

Doa ini adalah dengan mengamalkan membaca Surah Yusuf Ayat 4. Doa ini adalah termasuk doa agar seseorang mencintai kita dengan bermunajat menggunakan ayat-ayat al-Quran. Ayat ini sebagai munajat doa untuk maksud agar orang lain mencintai kita adalah dengan membacakan ayat ini setiap bertemu seseorang yang disukai.

Adapun Surah Yusuf ayat 4 yang digunakan sebagai doa agar seseorang mencintai kita adalah sebagaimana berikut:

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

“Idz qaala yuusufu li-abiihi ya abati innii ra-aytu ahada ‘asyara kawkaban waalsysyamsa waalqamara ra-aytuhum lii saajidiina.” 

Maksudnya:

“Ingatlah Yusuf berkata ayahnya, “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari, bulan semua bersujud kepadaku. ”


Doa Keempat Mencintai Seseorang Dalam Islam

Untuk doa yang keempat yang anda gunakan sebagai saranan agar seseorang mencintai kita, adalah dengan Surah Yasin Ayat 36. Surah yang dimaksudkan berikut:

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ 

“Subhaana alladzii khalaqa al-azwaaja kullahaa mimmaa turbitu al-ardhu wamin anfushim wamimmaa laa ya’lamuuna” 

Maksudnya:

“Maha suci Allah yang menciptakan pasangan – pasangan semua, baik apa di tumbuhkan oleh bumi serta dari mereka mahupun dari apa tidak mereka ketahui. (QS yasin ayat 36) ”

Amalkan membaca ayat ini sebanyak mungkin dengan niat untuk mendapatkan cinta seseorang yang anda dambakan dengan niatan yang baik dan tulus.

Anda juga boleh amalkan ayat ini sebanyak 1 kali di dalam hati setiap kali bertemu seseorang yang anda cintai itu, juga dengan niatan yang baik agar dirinya mencintai kita.


Doa Kelima Mencintai Seseorang Dalam Islam

Doa ini terdiri dari dua doa yang biasa dibacakan Kaum Lelaki  dan Perempuan bagi dipertemukan dengan jodoh dikalangan orang yang soleh.
Doa yang dibaca agar dipertemukan jodoh perempuan yang soleh:

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ

Rabbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuha wa atazawwaj biha watakuna shoohibatan lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah

Maksudnya:

“Ya Rabb, berikanlah kepadaku istri yang terbaik dari sisi-Mu, istri yang aku lamar dan nikahi yang menjadi sahabatku dalam urusan agama,urusan dunia dan akhirat.”

Doa yang dibaca agar dipertemukan jodoh Lelaki yang soleh:

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا أَخْطُبُهَ وَأَتَزَوَّجُ بِهِ وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَة

“Robbi hablii milladunka zaujan thoyyiban wayakuuna shoohiban lii fiddiini waddunyaa wal aakhiroh 

Maksudnya:

“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”

Doa Memohon Cinta Dalam Islam 7

Doa Memohon Cinta Dalam Islam 8


DOA UNTUK MENGUBAT CINTA DAN KASIH SAYANG YANG TELAH HILANG

Kasih sayang, perasaan cinta serta iman seseorang itu adalah sesuatu yang sukar dikekalkan. Jika ia sudah mula pudar dan hilang dari sudut hati sanubari itu maka akan hilang kasih sayang terhadap seseorang insan itu yang suatu masa dahulu, cukup dicintai, cukup dikasehi dengan sepenuh hati.

Kini hanya tinggal kenangan sedih yang sukar diubati. Peliharalah cinta dan kasih itu seperti iman yang sejati, Jangan biarkan ia pergi. Apabila kasih dan cinta itu hilang, sukar untuk dicapai kembali.
Banyak perhubungan yang terputus ditengah jalan. Yang paling teruk jika yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Kadang-kadang perhubungan suami isteri sahaja dikekalkan demi anak-anak. Perasaan kasih sayang dan cinta sudah lama terpadam. Yang lebih menyedihkan si dia mula mencari orang lain sebagai pengubat hati.
Bagi yang belum berkahwin dan bercouple, cinta yang semakin pudar dapat dihidu. Kalau dahulu si dia selalu telefon anda tetapi sekarang anda sudah jarang-jarang dapat “call”. Kalau dahulu selalu terima “SMS” panjang-panjang, kini pendek dan ringkas sahaja.
Bagi yang sudah berkahwin, paling senang nak tahu kasih sayang dan cinta pasangan anda semakin pudar. Ia sudah pandai menyakitkan hati anda. Apa yang anda buat dah tak betul dimata dia. Nampak kelemahan lebih dari kebaikan serta susah nak senyum dan bergurau macam dulu-dulu.
Doa ini boleh diamalkan oleh yang mereka yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin. Jadi berusahalah dan berikhtiar kerana masih belum terlambat sebelum menjadi luka menjadi kudis dan bernanah.

Cara-cara memulihkan:

1. Solat hajat – minta dipermudahkan dan dimakbulkan (Baca doa ini selepas solat hajat) – Mohon pada Allah SWT kembalikan perasaan cinta dan kasih sayangnya terhadap anda
2. Boleh amalkan doa ini selepas setiap kali solat waktu. Baca doa ini dan ditiup pada tangan dan sapu pada wajah serta lurutkan keseluruh badan.
3. Jika yang sudah berkahwin, baca pada air doa ini dan minum. Masukkan juga dalam minuman si dia. Mulakan selawat 3x, Al-Fatihah 7x dan Doa tsb sebanyak 11x. InsyaAllah dengan izin-Nya dapat diselamatkan rumahtangga anda. Pada Mu, Ya Allah aku berserah.
Doa Memohon Cinta Dalam Islam 9

“Awa man kana maytan faahyaynahuwajaAAalna lahu nooran yamshee bihi fee annasikaman mathaluhu fee aththulumatilaysa bikharijin minha kathalika zuyyinalilkafireena ma kanoo yaAAmaloon”  

Maksudnya:

“Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat.  (SURAH AL AN’NAM: AYAT 122)”


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Doa Memohon Cinta Dalam Islam …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.