Buku Iqra Jilid 6, “Iqra” ialah buku bacaan al-Quran yang sangat popular di kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia. Kitab Iqra disusun dalam 6 jilid buku yang merangkumi semua sukatan pelajaran pembelajaran membaca al-Quran dengan mengenal bunyi dan membaca al-Quran.
Buku Iqra Jilid 6 sangat sesuai digunakan oleh pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar universiti, dan orang dewasa yang ingin mempelajari al-Quran. Selain itu, “Iqra” juga sangat berguna untuk digunakan sebagai alat bantu mengajar di kelas pengajian al-Quran.
Melalui “Iqra”, pembaca boleh mempelajari cara membaca al-Quran dengan cepat dan mudah dengan membunyikan huruf Hijaiyah secara berturut-turut. Dengan menggunakan buku Iqra, pembaca akan mendapat kemahiran membaca al-Quran dengan lebih mudah dan berkesan.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar di sini disediakan laman yang mengandungi Buku Iqra Jilid 6 semoga bermanfaat untuk semua. Buku Iqra boleh dimuat turun secara percuma dalam format PDF dan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar.
DOWNLOAD:
📖 Buku Iqra Jilid 6
Related Post:
Himpunan Latih Tubi JAWI
Buku Iqra Jilid 1
Buku Iqra Jilid 2
Buku Iqra Jilid 3
Buku Iqra Jilid 4
Buku Iqra Jilid 5
Buku Iqra Jilid 6
Kelebihan Mempelajari JAWI
Manfaat Kepada Pelajar
Jawi adalah sistem tulisan kepada bahasa Melayu dan menjadi identiti, juga lambang jati diri serta warisan peradaban. Jawi digunakan bukan sahaja sebagai medium berkongsi ilmu, terutama agama dan kesusasteraan, malah ia turut digunakan dalam urusan rasmi pada suatu ketika dahulu, misalnya surat menyurat antara Sultan di alam Melayu dengan penguasa Eropah.
Tulisan Jawi mempunyai sejarah yang panjang di negara ini. Ia antara bukti kedatangan Islam di alam Melayu dan menjadi nadi penting penyebaran ilmu agama dan ilmu lain di rantau ini.
Peranan Guru Kepada Pelajar
Guru-guru memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar mendapat manfaat maksimum daripada latihan Jawi. Dengan panduan daripada guru-guru, pelajar dapat mengatasi kesulitan dan mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran ini. Para guru boleh menggalakkan pelajar untuk mempelajari cara baca al-quran bermula dari Iqra untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam membaca penulisan jawi dengan lebih baik.
Saranan dan Harapan kepada Guru dan Ibu Bapa
Kami berharap guru-guru akan terus memberikan sokongan dan bimbingan kepada pelajar dalam pembelajaran Jawi. Ibu bapa juga dapat memastikan anak-anak mereka menggunakan sumber-sumber pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan kemahiran menulis Jawi. Ibu bapa perlu membantu anak-anak mempelajari al-quran dengan mengajar mereka sendiri atau membawa kepada tempat pembelajaran al-quran sekaligus membantu mereka dalam pembacaan penulisan jawi.
Dengan usaha bersama, kita dapat memastikan pelajar-pelajar Malaysia mempunyai kecekapan yang tinggi dalam bahasa Jawi. Semoga usaha ini membawa manfaat yang besar kepada generasi akan datang.