Home Aktiviti Mewarna Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah

Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah

53
0
Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah
Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah, pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas penting dalam membentuk perkembangan kognitif dan kreativiti mereka. Salah satu komponen penting dalam pendidikan prasekolah adalah pengenalan kepada huruf dan pembacaan awal. Semoga para pelajar mempoleh bermanafaat dari bahan yang disediakan….

Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah

Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah

Aktiviti Dan Latihan PrasekolahΒ 

DOWNLOAD : Β 

πŸ‘‰πŸΌ Latihan Tulisan Berangkai Prasekolah
πŸ‘‰πŸΌ Latihan Aras Rendah Prasekolah

Aktiviti Gunting Dan Mewarna

DOWNLOAD : Β 

πŸ“š Aktiviti Mewarna Kisah Mukjizat Nabi AS
πŸ“š Aktiviti Mewarna Membentuk Kesempurnaan Solat
πŸ“š Koleksi Aktiviti Mewarna Program Maal Hijrah
πŸ“š Aktiviti Gunting Dan Mewarna Huruf ABC Prasekolah
πŸ“š Aktiviti Gunting Dan Mewarna Kraftangan Haiwan
πŸ“š Poster Mewarna Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok Dan Vape
πŸ“š Poster Mewarna Maulidur Rasul
πŸ“š Koleksi Poster Mewarna Hari KebangsaanΒ 
πŸ“š Koleksi Poster Mewarna Ramadan
πŸ“š Himpunan Aktiviti Mewarna Dan Membuat Sampul Raya
Related Post:
Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah
Himpunan Nota Ringkas Padat Tahun 1 Hingga 6
Himpunan Nota Padat SPM Tahunan
Himpunan Modul Latih Tubi SPM Tahunan

Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah 1


KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
2. Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
3. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
4. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
5. Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
6. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
7. Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
8. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
9. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.