Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah, pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas penting dalam membentuk perkembangan kognitif dan kreativiti mereka. Salah satu komponen penting dalam pendidikan prasekolah adalah pengenalan kepada huruf dan pembacaan awal. Semoga para pelajar mempoleh bermanafaat dari bahan yang disediakan….
Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah
Aktiviti Dan Latihan PrasekolahΒ
DOWNLOAD : Β
Aktiviti Dan Latihan Membaca
DOWNLOAD : Β
Aktiviti Gunting Dan Mewarna
DOWNLOAD : Β
Related Post:
KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
2. Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
3. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
4. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
5. Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
6. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
7. Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
8. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
9. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.