Buku Teks Digital Asas Sains Komputer Tingkatan 1

0
23

Buku Teks Digital Asas Sains Komputer Tingkatan 1 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Asas Sains Komputer Tingkatan 1. Buku ini memberi penekanan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
Asas Sains Komputer.

Pelbagai aktiviti dirancang berpandukan pembelajaran berasaskan inkuiri yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid. Pembelajaran kendiri adalah diutamakan dalam buku ini supaya murid dapat mentaksir pembelajaran sendiri.

Melalui penggunaan buku teks digital ini akan menggalakkan inisiatif murid dan menjadikan murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Pengenalan buku teks digital merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula 2013 hingga 2025, dan diperkenalkan dalam tiga fasa oleh kerajaan sebelum ini.

Bagi fasa permulaan, buku teks versi ber- cetak akan kekal digunakan seperti biasa. Pelajar boleh memuat turun buku-buku teks mereka dalam bentuk PDF dan sebagai permulaan, ia hanya akan digunakan oleh pelajar sekolah menengah.

MUAT TURUN

JUDUL BUKU TEKS

 

Buku Teks Digital Asas Sains Komputer Tingkatan 1

 


10 Kelebihan Penggunaan Buku Teks Digital

Kredit https://myhasri.wordpress.com

1. Penjimatan

Kerajaan Malaysia terpaksa memperuntukkan kos yang sangat besar sehingga ratusan juta ringgit setiap kali musim buku teks harus ditukar untuk disesuaikan dengan silibus yang dikemaskini. Apatah lagi polisi kerajaan yang memberi buku teks pinjaman gratis kepada semua pelajar di sekolah bantuan kerajaan tanpa mengira status keluarga mereka.

Polisi ini bermakna setiap pelajar itu mesti dibekalkan dengan buku yang bercetak setiap seorang. Bagi pelajar yang bersekolah jauh di pendalaman, kos penghantarannya saja sangat mahal. Banyak kos-kos terlibat. Pertama buku harus digudangkan dahulu di premis penerbit setelah dicetak, sebelum dihantar dengan pengangkutan sama ada darat atau laut. Itu belum kira jika buku rosak, musim banjir dan naskhah cetak perlu diganti pada tahun-tahun berikut. Begitulah kitaran kos hampir setiap tahun dan terbeban kepada kerajaan.

Dengan buku teks elektronik, kos percetakan (kertas dan dakwat), penggudangan, pengangkutan dan banyak kos-kos kecil lagi telah ditiadakan. Malah masa yang diluangkan oleh guru-guru dan pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dapat dijimatkan. Adalah dijangka dengan peralihan buku teks daripada cetak kepada digital boleh menjimatkan belanja kerajaan sehingga 70% daripada kos penyediaan buku teks sekolah seluruh Malaysia.

2. Lebih Ringan Dan Mudah Disimpan 

Buku teks elektronik yang paling sesuai digunakan ialah buku teks berformat E-Pub. Ia merupakan format buku elektronik yang sangat ringan dan diterima oleh kebanyakan platform peranti. Dianggarkan saiz bagi sebuah saiz e-pub berbanding format PDF ialah sebanyak 10 kali ganda lebih ringan.

Jika sesebuah buku teks berformat PDF sebesar 3mb, buku yang setara tetapi dalam format E-pub hanyalah sebesar 300kb sahaja. Saiz buku yang ringan ini amat bermanfaat kerana beberapa buah buku matapelajaran di sekolah boleh sekaligus dimuatkan dalam satu peranti yang paling asas di pasaran kini.

Murid-murid sebenarnya tak perlulah mengusung beg-beg berat ke sekolah lagi. Jika kerajaan dapat membenarkan konsep Bawa Peranti Sendiri ke sekolah – ‘Bring Your Own Devices – BYOD’, semua buku-buku teks boleh dibawa ke mana saja hanya dalam satu aplikasi (apps) di dalam peranti yang kecil.

Jika konsep BYOD dikatakan tidak adil kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan, pihak KPM boleh membekalkan projektor-projektor ke kelas-kelas dan tinggal guru-guru saja yang akan pancarkan buku teks elektronik interaktif yang sudah dimuat turun ke dalam peranti guru dan dari peranti guru dipancar ke projektor di bilik darjah. Melalui cara ini, proses P&P masih boleh dijalankan seperti biasa di dalam kelas.

3. Berinteraktif 

Buku-buku teks bercetak yang digunakan dalam kelas kini dianggap buku tetap yang tidak mudah diubah-ubah. Kandungan bercetaknya akan kekal statik sehinggalah ia  rosak, dilupus dan diganti dengan edisi buku teks yang baru yang lain.

Jika kita memulakan penerbitan buku teks secara digital, pihak Bahagian Buku Teks di KPM boleh merancang agar buku teks interaktif, menarik dan bagi murid-murid sekolah buku itu seolah-olah ‘Buku Hidup’!

Buku Hidup dalam ertikata ini ialah buku elektronik tidak pegun. Antara ciri-ciri buku teks elektronik interaktif ialah pembangun (penerbit atau Bahagian Buku Teks) akan memasukkan elemen-elemen video , audio, capaian html pada teks yang terus disambung kepada sumber asal di laman web lain serta penambahan ciri-ciri yang meneguhkan konsep pembelajaran seperti elemen-elemen realiti terimbuh (augmented reality) dan realiti maya (virtual reality).

Apabila buku teks itu hidup, para pelajar lebih teruja untuk menelaah buku teks masing-masing dan seterusnya mencambah minat belajar di kalangan mereka. Daripada masa ke semasa bahagian kurikulum pendidikan juga masih boleh mengemaskini capaian-capaian yang ada dengan maklumat baru secara langsung. Jika ada kesilapan fakta pada buku teks, ia juga boleh diperbaiki serta-merta bukan perlu cetak dan cetak lagi.

4. Murid-murid sekarang ialah Digital Natives.

Terma ‘Digital Natives’ ini dicipta oleh Mark Prensky pada tahun 2001 yang menggambarkan tentang generasi manusia yang lahir dan membesar setelah bermulanya zaman digital. Para ‘Digital Natives’ ini amat selesa dengan teknologi dan komputer sejak awal perkembangan diri mereka lagi. Mereka menganggap bahawa teknologi merupakan bahagian terpenting dalam hidup mereka dan sehingga ia menjadi satu keperluan bagi mereka. Secara langsung gaya hidup mereka ini harus disesuaikan dengan minat pembelajaran mereka.

Pelajar yang berada di alam persekolahan ini adalah golongan ‘Digital Natives’ dan membesar dengan komputer, internet, google, youtube dan media sosial. Untuk menyesuaikan teknik pembelajaran abad ke-21 yang berkesan, pihak kementerian juga harus mengambil kira maklumat ini dan P&P haruslah diseimbangkan dengan keperluan zaman terkini.

5. Kontens yang boleh disesuaikan (customized)

Pembelajaran abad ke-21 haruslah mempunyai landasan pembelajaran yang disesuaikan dengan kehendak pelajar. Pada zaman ini, kita boleh ukur perjalanan pembelajaran setiap pelajar kerana setiap individu memiliki halaju pembelajaran yang berbeza. Setiap pelajar bukan sama. Ada pelajar lemah dan ada pelajar yang super pintar. Bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan masalah ini?

Buku elektronik boleh menyesuaikan kontensnya berdasarkan profil pembacanya. Cara penyusunan bab dan capai-capaian tambahan boleh diubah secara fleksibel kepada pelajar yang laju ke hadapan manakala pelajar-pelajar yang minat  pembelajaran cara visual, mereka boleh memperoleh buku-buku teks elektornik yang disesuaikan dengan capaian-capaian visual atau audio.

Dalam buku teks digital, pelajar juga boleh abaikan beberapa topik kerana ada sesetengah mereka mempunyai corak pembelajaran yang berbeza. Dalam kes ini, guru-guru tidak terbeban mengikut silibus. Tugas guru akan memantau laporan analitik tabiat penggunaan setiap p buku elektronik bagi setiap profil pelajar. Guru akan membuat intevensi dan mengaplikasikan remedi berdasarkan titik-titik kelemahan dalam topik-topik tertentu kepada pelajar-pelajar yang berbeza.

6. Buku teks elektronik boleh memelihara hak pemilik hak cipta

Buku elektronik pada zaman kini (bukan PDF) sangat selamat kepada para penerbit atau pemilik harta intelek dalam buku tersebut. Setiap buku elektornik tertakluk kepada Digital Rights Management (DRM). Melalui DRM, setiap buku harus dibaca dalam platform baca (reader) masing-masing dan sudah tentu tidak boleh disalin semula ke peranti lain kecuali dibenarkan oleh pemilik hak cipta kontens.

Satu perkara yang boleh dielakkan ialah tindakan fotokopi secara komersil hak cipta penerbit.

DRM adalah pendekatan yang sistematik ke atas kawalan hak cipta dalam media digital. Tujuan DRM ini adalah untuk mengawal pengedaran haram media-media digital dan mengehadkan cara pengguna boleh membuat salinan buku elektronik yang telah mereka beli.

DRM ini juga dapat mendidik pengguna tentang hak cipta dan pemilik hak cipta pula boleh mengoptimumkan penggunaan harta intelek mereka bukan sahaja kepada satu judul. Satu harta intelek  boleh disebarluas kepada beberapa buku teks dalam pelbagai peringkat. Ini akan memaksimumkan royalti penggunaan bahan mereka.

Dengan pengurusan DRM yang cekap, harta intelek ini juga mungkin boleh dikomersilkan kepada seluruh dunia.

7. Mudah dimuat turun dan disimpan sampai bila-bila

Buku teks elektronik berformat e-pub ini sebenarnya amat fleksibel. Selain daripada ia boleh disimpan dalam peranti guru dan boleh dipancarkan ke mana-mana dinding pada bila-bila masa, para ibu bapa juga boleh memilih untuk membeli terus buku elektronik tadi.

Jika ibu bapa membeli buku-buku teks elektronik tadi, mereka boleh muat turun buku-buku elektronik tadi ke mana-mana peranti yang mereka ada dan disimpan dalam pustaka digital masing-masing yang hanya boleh dicapai di mana-mana (secara awanan) dengan hanya log in masuk ke akaun mereka yang sedia ada.

Ibu bapa juga boleh beli bukan saja buku teks malah ada banyak buku-buku fikyen dan bacaan yang bermanfaat yang boleh dibeli, dimuat turun dan disimpan di perpustakaan maya masing-masing secara peribadi.

Bagi sekolah pula, mereka boleh meletakkan buku-buku teks ini di semua peranti sekolah tanpa had kerana pihak kementerian telahpun membayar royalti  jumlah muat turun yang tinggi dan hak cipta itu pula kini adalah milik kementerian sendiri.

8. Tidak semuanya bergantung kepada Internet

Apabila bercakap tentang buku teks elektronik, sangkaan orang ramai ialah buku yang hanya boleh dibaca apabila ada capaian internet. Sangkaan ini adalah salah dan sesat. Memandangkan ciri-ciri buku teks elektronik yang boleh dimuat turun, ia bermakna capaian internet hanya diperlukan hanya sekali saja (ketika muat turun).

Selepas itu buku teks elektronik itu boleh diakses pada bila-bila masa walaupun tanpa capaian internet. Cuma ada kalanya apabila tiada capaian internet, ada beberapa capaian html dibuat dalam buku-e tadi tidka berfungsi dan juga soalan-soalan interaktif yang memerlukan jawapan secara live, ciri-ciri seperti ini akan tergendala sebentar tetapi ini masih boleh ditangani oleh guru-guru terbabit.

Apabila para pelajar telah sedia memiliki peranti di tangan masing-masing, mereka boleh memuat turun buku teks elektronik daripada peranti guru masing-masing melalui sambungan ‘bluetooth’ sahaja.

Kajian ujilari penggunaan Bluetooth untuk berkongsi buku teks elektronik tanpa menggunakan internet oleh guru kepada semua murid telah dilakukan sebelum ini dengan kelas seramai 30 orang  pelajar. Ia hanya memakan masa lebih kurang 50 saat saja sehingga satu kelas dapat akses kepada buku digital yang dikongsikan oleh guru mereka melalui bluetooth.

9. Mesra Peranti (boleh baca di platform apa saja)

Buku-buku teks elektronik yang sedang dibangunkan menggunakan program pengaturcaraan HTML dan XML. fail-fail ini sangat fleksibel dan boleh digunakan oleh hampir semua peranti-peranti di pasaran tidak kira sama ada ia berasaskan iOS, Android ataupun Windows.

Teks-teks pada e-pub2 (statik) atau e-pub3 (interaktif) pula mudah ‘reflowable’ yang bermaksud bahawa teks-teksnya boleh menyesuaikan teks dan paparannya tanpa ada tangguh apabila buku itu dimuat turun ke dalam apa jua platform capaian.

Aapabila format ini menjadi universal, ia juga akan digunakan oleh banyak negara nanti. Buku-buku teks elektronik Malaysia juga boleh dipasarkan ke negara-negara lain lebih-lebih lain judul-judul yang pernah memenangi anugerah dan sebagainya.

10. Teknologi ini telah sedia ada dan bukan sains roket

Sesuatu keperluan untuk menggunakan buku teks digital ini lebih banyak kebaikan dan manfaatnya berbanding kekurangannya. Hanya manusia saja yang merelakan ianya digunakan secara meluas atau menangguhnya. Ketika KPM sedang berada di penghujung ‘Gelombang Kedua’ dalam pemetaan buku teks masa depan, penggunaan buku teks digital interaktif ini tidak boleh ditahan lagi.

Penggunaan buku teks bercetak tidak flesibel dan memerlukan kos yang sangat tinggi. Penggunaan teknologi yang dibangunkan secara tempatan untuk membina platform buku teks digital tempatan ini wajar diraikan kerana ia akan membawa para penerbit masuk ke dunia masa depan. Guru-guru akan berasa lega kerana mereka juga bakal dibebaskan daripada terbeban dengan banyak masa yang tidak berkaitan. Apabila buku teks digital sudah interaktif, para murid sebagai pengguna utama sendiri berasa teruja untuk menggunakannya dan menjadi budaya mereka sehari-hari.

Pihak KPM juga boleh membetulkan apa jua kesilapan fakta, silap ejaan dan memasukkan maklumat terkini pada bila-bila (tak perlu tunggu belanjawan cetak baru diluluskan) kerana buku-buku ini adalah elektronik. Ia tidak memerlukan kertas, ruang dan banyak kos tetapi ia jauh lebih fleksibel berbanding buku teks bercetak yang jumud dan kaku.

Teknologi buku teks elektronik ini mudah dipelajari dan boleh diamalkan oleh banyak pegawai-pegawai teknikal KPM dan guru-guru sendiri. Memandangkan ia bukan roket sains, tidak ada sebab lagi untuk kita bertangguh-tangguh dalam meninggalkan penerbitan buku teks bercetak yang mahal serta tidak fleksibel.

KESIMPULAN

Penggunaannya Buku Teks Digital Asas Sains Komputer Tingkatan 1 ini sangat mudah kerana dengan hanya menaip judul buku atau isu berkaitan, dalam hanya beberapa saat maklumat daripada buku tersebut akan terpapar. Para guru hanya perlu bijak dalam
mengendalikan buku teks digital untuk menarik perhatian pelajar supaya tidak hilang
tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam konteks
penggunaan buku teks digital dalam pengajaran di sekolah, guru atau pendidik adalah
pihak yang memainkan peranan penting untuk menjayakan dasar Teknologi Maklumat
dan Komunikasi dalam pendidikan.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) telah diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Asas Sains Komputer yang mana penggunaan bahasa pengantar yang betul
diberikan keutamaan. Semangat patriotik dan nilai-nilai murni juga dapat dipupuk. Ciri-ciri
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) juga turut diterapkan dalam buku ini

Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut diberi penekanan semasa penyediaan
buku ini. Konsep ini bertujuan menerapkan ciri-ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik
dan metakognitif agar murid mampu memberikan penjelasan, membuat keputusan,
menyelesaikan masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut
konteks yang diperlukan.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan adalah pada asasnya
adalah sebahagian transformasi pendidikan melalui penggunaan teknologi. Melalui transformasi ini guru dapat melahirkan insan yang cerdas dari semua aspek demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan