Home Aktiviti Persekolahan Contoh Dan Cara Membuat Format Minit Curai

Contoh Dan Cara Membuat Format Minit Curai

7033
0
Panduan Format Minit Mesyuarat
Contoh Dan Cara Membuat Format Minit Curai , Minit  Curai merupakan salah satu daripada tindakan yang perlu diambil oleh pegawai yang telah menghadiri mesyuarat, khususnya mesyuarat di luar kawasan. Sebagai seorang guru, anda mungkin selalu menghadiri mesyuarat di luar sekolah seperti di PPD, di PKG atau di sekolah-sekolah lain.
Sebenarnya setiap kali kita telah pergi bermesyuarat atau taklimat di luar, kita sepatutnya membuat minit curai secepat mungkin, minit curai ini pula perlu diserahkan kepada Ketua Jabatan iaitu Pengetua / Guru-Besar.
Ini bertujuan supaya, segala maklumat yang telah kita terima, disampaikan kepada Ketua Jabatan, biarpun maklumat itu tidaklah berkaitan baginya atau dianggap tidak penting olehnya. Sekurang-kurangnya, apa yang telah kita tahu dia pun tahu, ia juga dapat mengelakkan berlaku salah faham atau keciciran maklumat.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Contoh Dan Cara Membuat Format Minit Curai. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Contoh Dan Cara Membuat Format Minit Curai

 Bagaimana Cara Membuat Minit Curai?
Minit curai sebenarnya tidaklah serumit minit mesyuarat, ia lebih ringkas dan padat. Di sini admin ingin kongsikan Contoh Minit Curai yang boleh anda ikut, ia berdasarkan format Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). Kepada yang ingin melihat contohnya boleh rujuk pada PDF di:

Contoh Dan Cara Membuat Format Minit Curai

Borang Minit Curai mempunyai maklumat berikut:
  • Perkara
  • Tarikh
  • Rujukan Fail
  • Masa
  • Tempat
  • Anjuran
  • Kehadiran
  • Bil
  • Perkara/ Isu
  • Tindakan dan Makluman
  • Nama Pencatat
  • Tarikh Disediakan
Anda tidak perlu menulis semua perkara, hanya memasukkan perkara yang perlu disampaikan dan maklumat yang memerlukan tindakan susulan. Kenyataan juga hendaklah ditulis dengan ringkas dan mudah difahami tetapi tidak lari daripada maksud asal.
Bila perlu diserahkan Minit Curai?
Seeloknya ia diserahkan sejurus sahaja anda pulang dari mesyuarat atau taklimat, atau keesokkan harinya. Ia bagi mengelakkan kita terlewat untuk mengambil tindakan atau terlupa unutk menyampaikannya.
Seelokknya kita taip terlebih dahulu, dan buat salinan untuk simpanan dalam fail peribadi kita sendiri.
Semoga info dan panduan ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada anda dalam membuat minit curai mengikut format yang betul dan bersistematik. Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan lain.

Jika Anda Ingin DOWNLOAD Contoh Borang :

Contoh Borang Format Minit Curai

Related Post:

Buku Panduan Penulisan Minit Mesyuarat

Format Minit Mesyuarat Yang Betul

Contoh Dan Cara Membuat Format Minit Curai


 

Contoh Dan Cara Membuat Format Minit Curai 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Contoh Dan Cara Membuat Format Minit Curai 2