Home Aktiviti Harian Doa Ditunjukkan Kebenaran

Doa Ditunjukkan Kebenaran

394
0
Doa Ditunjukkan Kebenarankadang kala, kita perlu menjelaskan sesuatu yang tidak jelas sama ada itu salah atau benar. Garis panduan doa berikut untuk Nabi Muhammad dapat memberikan kekuatan agar konsisten. Sekiranya perkara yang kita minta itu benar, akan menjadi kuat bagi kita untuk mengikutinya. Sebaliknya, jika salah, kita secara mental kuat untuk menyingkirkannya.
Oleh itu, kita perlu menyingkirkannya, menyelesaikan, dan memilih mana yang benar dan mana yang salah tanpa dipengaruhi oleh kepentingan subjektif tertentu. Dengan berpegang pada kepercayaan kepada Allah SWT, dalam kemampuan untuk mengucapkan doa ini, diharapkan kesimpulan objektif dapat dihasilkan.
Disini disediakan Doa Ditunjukkan Kebenaran yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Doa Ditunjukkan Kebenaran

Doa Ditunjukkan Kebenaran

اللهُمَّ رَبَّ جَبَْائِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسَْافِيلَ، فَاطِرَ
السَّمَوَاتِ وَالَْرْضِ، عَالَِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ
تَْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَ كَانُوا فِيهِ يَْتَلِفُونَ، اهْدِنِ لَِا
اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الَْقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَْدِي مَنْ تَشَاءُ
إِلَ صَِاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Maksudnya:
“Ya Allah, Tuhan Jibrail, Mikail, dan Israfil. Yang
Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang
ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang Menghakimi
hamba-hambaMu di dalam apa yang mereka perselisihkan.
Tunjukkanlah aku dengan izinmu kepada kebenaran di dalam
apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya Engkau memberi
petunjuk ke arah Sirat al-Mustaqim kepada sesiapa yang Engkau Kehendaki.” 
Riwayat Muslim (770), Abu Daud
(676), al-Tirmizi (3420), Ibn Majah
(1357), al-Baihaqi dalam al-Sunan
al-Kubra (4854), al-Nasa’ie dalam
al-Sunan al-Kubra (1324) dan
Ahmad (25225).
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Ditunjukkan Kebenaran 1


Pegajaran Ayat

Umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan ajaran Islam kerana ia adalah satu-satunya jalan lurus yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW. Setiap pemimpin dan yang dipimpin mestilah sentiasa menggunakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pemutus atas semua pertikaian dan perselisihan. Kerana wajib bagi manusia untuk menerapkan hukum-hukum Allah.
Islam melarang keras mana-mana Muslim yang berdiam diri, apatah lagi redha atau bersama-sama dengan kemaksiatan dan kejahatan pemerintah.
Sabda baginda SAW, “Siapa sahaja yang melihat seorang penguasa yang zalim, menghalalkan yang diharamkan oleh Allah, melanggar janji Allah, menyimpang dari Sunnah Rasulullah SAW dan memerintah hamba Allah (sesama manusia) dengan dosa dan permusuhan, kemudian dia tidak mengubahnya, baik dengan perbuatan mahupun ucapan, maka menjadi hak Allah untuk memasukkannya ke tempat yang sama” (bersama penguasa tersebut) [HR al-Thabari]
Ketika kemungkaran itu muncul dari pemimpin atau penguasa, maka rakyat wajib mengingkari penguasa tersebut sekaligus menasihati dan membetulkan dirinya. Sudah tentu hal itu tidak dilakukan berdasarkan suka dan tidak suka, tetapi berdasarkan tolok ukur bahawa itu merupakan kemungkaran atau menyalahi hukum-hukum syariah.
Nasihat atau kritikan (muhasabah) kepada penguasa itu juga bukan kerana atau demi kepentingan dunia, melainkan kerana kepentingan akhirat, iaitu melaksanakan kewajipan dari Allah SWT.
Walaupun demikian, muhasabah kepada penguasa itu akan memberikan kebaikan di dunia. Kerana dengan itu, masyarakat boleh terhindar dari keburukan akibat kemungkaran penguasanya.
Ketika pemimpin atau penguasa itu melakukan kemungkaran, ertinya dia melakukan kezaliman. Dalam hal yang demikian, haram menyokong kezaliman itu. Jangankan menyokong, bahkan cenderung kepada pelaku kezaliman sudah haram dan akibatnya sangat parah
Allah SWT berfirman:

وَلاَ تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

“Janganlah kalian cenderung kepada orang-orang zalim yang menyebabkan kalian disentuh api neraka. Sesekali kalian tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah. Kemudian kalian tidak akan diberi pertolongan.” [TMQ Hud (11): 113].
Pemimpin yang mempunyai kesedaran seperti itu tentu akan mendorong rakyatnya untuk bersikap kritis kepada dirinya. Dia akan mendorong rakyat untuk membetulkan dirinya ketika menyimpang dari syariat. Dia pun akan mendorong rakyat untuk mentaati dirinya hanya dalam kemakrufan, tidak dalam perkara yang sebaliknya.

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Doa Ditunjukkan Kebenaran…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.