Home Aktiviti Harian Doa Ketika Dan Selepas Azan

Doa Ketika Dan Selepas Azan

754
0
Doa Ketika Dan Selepas Azan
Doa Ketika Dan Selepas Azan…Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.

Doa Ketika Dan Selepas Azan

Doa Ketika Azan

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

La Hawla wa La Quwwata Illa Billah
Maksudnya:
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Doa Selepas Azan

Doa Ketika Dan Selepas Azan 1

Allaahumma Rabba haathid – da’watit – taammati wassalaatil-qaa’imati, ‘aati Muhammadanil-waseelata walfadheelata, wab ‘ath-hu maqaamam-mahmoodanil-lathee wa’adtahu, ‘innaka laa tukhliful-mee’aad
Maksudnya:
” Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang telah engkau janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam kedudukan yang tinggi dan terpuji, yang telah engkau telah janjikan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji..”

 

Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Ketika Dan Selepas Azan 2

 


Amalan doa selepas azan tersabit dengan hadith Nabi SAW, dimana Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: 
Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa  Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat.
(Sahih Bukhari: 614)

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Doa Ketika Dan Selepas Azan…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.