Doa Makan Dan Selepas Makan, dalam menjalani kehidupan, apa kata kita sertakan doa-doa yang mudah diamalkan dan dihafal dalam kehidupan seharian, seperti selepas solat atau ketika anda lapang. Ini kerana, dengan berdoa kepada Allah SWT, kita meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan Allah SWT bagi memohon segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
Doa Makan Dan Selepas Makan

Kredit: https://mukmin.my/
Doa Makan
- Bacaan Rumi : Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar
- Maksudnya : Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.
Doa Selepas Makan
- Bacaan Rumi : Alhamdu lillahhil-ladzi ath-amanaa wa saqaana waja’alanaa minal muslimiin
- Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami muslim.
Related Post:
Himpunan Doa Harian Yang Mudah Dihafal
KEPENTINGAN DOA
Amalan membaca doa sangat baik untuk ketenangan hati juga kesihatan mental. Semoga usaha kita sering memanjatkan doa dan berserah di atas segala ketentuan Allah SWT akan sentiasa menjadi asbab hidup kita diberkahi dan dijauhkan daripada azab api neraka. Wallahualam.



