Home Aktiviti Persekolahan Dokumen Penjajaran KSSR Bahasa Melayu Tahap 1 Edisi 3

Dokumen Penjajaran KSSR Bahasa Melayu Tahap 1 Edisi 3

3
0
Dokumen Penjajaran KSSR Bahasa Melayu Tahap 1 Edisi 3
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan laman yang mengandungi Dokumen Penjajaran KSSR Bahasa Melayu Tahap 1 Edisi 3. Semoga Bermanafaat kepada semua….
Related Post:
Dokumen Penjajaran KSSR Bahasa Melayu Tahap 1 Edisi 3
Dokumen Penjajaran KSSR Matematik Tahap 1 Edisi 3
Dokumen Penjajaran KSSR Sains Tahap 1 Edisi 3

Dokumen Penjajaran KSSR Bahasa Melayu Tahap 1 Edisi 3 2


ORGANISASI KANDUNGAN

Penyusunan standard pembelajaran ini merangkumi perkara
seperti yang berikut:
i. Pemetaan standard pembelajaran telah disusun semula
mengikut pandanan kemahiran.
ii. Standard Pembelajaran boleh dijalankan mengikut dua
atau tiga padanan kemahiran. Kandungan Dokumen                       Penjajaran  KSSR (Semakan 2017) Edisi 3 Bahasa Melayu           Tahap I disusun dalam empat lajur utama iaitu lajur untuk               Standard Pembelajaran (SP) kemahiran mendengar dan               bertutur, SP kemahiran membaca, SP kemahiran menulis dan       lajur untuk catatan serta cadangan aktiviti yang terdapat dalam     Modul Bimbingan (MOBIM) Tahap I.

KAEDAH PELAKSANAAN

Kaedah pelaksanaan Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan
2017) Edisi 3 ini dicadangkan adalah seperti yang berikut:
i. Memilih SP berdasarkan susunan dalam Dokumen
Penjajaran Edisi 3 Kurikulum Bahasa Melayu Tahap I
Sekolah Kebangsaan (SK).
ii. Pemilihan SP perlulah sesuai dengan perancangan PdP.
iii. PdP berfokuskan kepada satu kemahiran, namun begitu
kemahiran lain boleh digabungjalinkan untuk mencapai
kemahiran yang dijadikan fokus dalam PdP.
iv. Pelaksanaan setiap kemahiran yang disusun semula dalam
penjajaran Edisi 3 ini boleh digunakan secara bersama-sama
MOBIM Tahap I sebagai rujukan cadangan aktiviti.

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses mendapatkan
maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang dilaksana, direkod dan dilaporkan oleh guru. Penentuan Tahap
Penguasaan murid hendaklah merujuk kepada Standard Prestasi yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).