Home Kalendar & Takwim Sejarah Pembetukan Hari Malaysia

Sejarah Pembetukan Hari Malaysia

514
0

Sejarah Pembentukan Malaysia

Tanggal 16 September 1963 adalah merupakan tarikh keramat bagi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Sejarah Pembetukan Hari Malaysia 19

Ini kerana pada tarikh 6 September 1963 telah berlakunya satu peristiwa penting di mana berlakunya pembentukan, pengisytiharan penubuhan Malaysia menjadi sebuah negara baharu.
Bagi mengingati sejarah peristiwa 16 September 1963, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.
Yang menariknya sekarang ini kerajaaan malaysia telah mengumukan tarikh 16 September adalah cuti umum (public holiday) di Malaysia.

Proses & Langkah langkah Pembentukan Malaysia di London

Pada awal tahun 1956, satu rombongan Merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri ke London bagi berunding isu kemerdekaan Tanah Melayu.
Rombongan itu disertai oleh wakil dari Parti Perikatan terdiri daripada:
  1. Tunku Abdul Rahman
  2. Tun Abdul Razak Hussein
  3. Tun Dr. Ismail Abdul Rahman
  4. Tun H.S Lee
  5. Wakil dari Raja-raja Melayu yang terdiri daripada Dato’ Panglima Bukit Gantang, Abdul Aziz bin Othman, Dato’ Mohd. Seth dan Dato’ Nik Ahmad Kamil.
Rundingan kemerdekaan ini dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd yang merupakan Setiausaha Tanah Jajahan British.
Keputusan yang disepakati hasil daripada rundingan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani Perjanjian London 1949.
Kandungan yang termaktub di dalam Perjanjian London 1949 ini, antaranya ialah kedua-dua pihak bersetuju untuk menetapkan:
  1. Tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh rasmi bagi kemerdekaan Tanah Melayu
  2. Perlantikan suruhanjaya bebas iaitu Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan Merdeka
  3. Parti Perikatan tidak masuk campur di dalam urusan perniagaan Barat di Tanah Melayu
  4. Mewujudkan Perjanjian Pertahanan Persekutuan Tanah Melayu bertujuan menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu
  5. konsep Raja Berperlembagaan diteruskan
  6. Kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikekalkan.
Dengan termeterainya Perjanjian London 1949, rombongan Merdeka membawa berita gembira disambut dengan meriah apabila pulang ke Tanah Melayu.

Sejarah Pembetukan Hari Malaysia 20


1. Faktor Faktor Pembentukan Malaysia

Sejarah pembentukan persekutuan malaysia bermula dengan hasrat Tunku Abdul Rahman yang ingin
  • Membantu membebaskan Sabah, Sarawak dan Singapura daripada penaklukan komunis.
  • Beliau ingin menyatukan Tanah Melayu bersama tiga wilayah tersebut menjadi sebuah negara yang merdeka.
Disebabkan sebab sebab pembentukan malaysia inilah yang menguatkan semangat Tunku Abdul Rahman merealisasikan idea tarikh penubuhan negara malaysia.

 

2. Latar belakang Pembentukan Malaysia

Tempoh diantara 1957 sehingga 1963 merupakan tempoh genting bagi Persekutuan Tanah Melayu kearah penubuhan Malaysia.
Pelbagai usaha, perjumpaan dan rundingan diadakan bagi mencapai penubuhan sebuah negara baru yang dinamakan Malaysia yang merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Setelah tampuk kepimpinan Tanah Melayu jatuh ke tangan Tunku Abdul Rahman pada tanggal 31 Ogos 1957, beliau berpendapat bahawa terdapat peluang untuk memulakan langkah langkah pembentukan malaysia dengan menyatukan wilayah-wilayah berdekatan Tanah Melayu seperti Sabah, Sarawak dan Singapura boleh disatukan di bawah satu negara yang mempunyai gerakan ekonomi dan sosial yang sama.

3. Cadangan Pembentukan Malaysia

Hasrat dan idea pembentukan malaysia oleh Tunku Abdul Rahman ini telah diutarakan pada 27 Mei 1961 di Hotel Adelphi, Singapura.

 

4. Reaksi Sabah Terhadap Pembentukan Malaysia

Hasratnya itu disambut baik oleh Perdana Menteri Singapura dan pihak British, namun ditentang oleh Sabah dan Sarawak.
Pada 23 Julai 1961, satu Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia yang diketuai oleh Donald Stephen telah mengadakan mesyuarat bagi menyokong penubuhan Malaysia ini.
Proses pembentukan malaysia ini berlaku dengan penuh dramatik yang melibatkan campur tangan dan suara orang ramai. Banyak isu terutamanya isu politik telah timbul sepanjang tempoh ini.

5. Suruhanjaya Cobbold Dibentuk Pada 17 Januari 1962

Seterusnya, Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada 17 Januari 1962. Tujuan penubuhan suruhanjaya cobbold adalah bertanggungjawab memasukkan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia.
Pelbagai tekanan telah berlaku sepanjang Suruhanjaya itu ditubuhkan antaranya ialah tekanan daripada pihak British terhadap masyarakat tempatan supaya menentang kemasukan ke dalam Malaysia.
Pada Julai 1962, satu kata sepakat telah dicapai selepas melihatkan kepentingan pembentukan malaysia melalui kerangka yang lebih besar dilihat antara Perdana Menteri Tanah Melayu dan Perdana Menteri Singapura melalui satu rundingan damai.

 

6. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia

Hasil kata sepakat itu membawa kepada termeterainya satu perjanjian iaitu Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia yang ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura di London bagi membentuk satu gagasan pembentukan malaysia.

 

7. Tarikh Penubuhan Malaysia

Sejarah Pembetukan Hari Malaysia 21

Akhirnya, pada tarikh yang penuh bersejarah, 16 September 1963 malaysia, pengisytiharaan tarikh pembentukan malaysia telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka yang disaksikan oleh 30,000 rakyat.
  • Upacara ini turut dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Singapura.
  • Laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman menandakan kejayaan dalam membentuk semua negara yang baru.
Penubuhan Malaysia ini merupakan satu usaha yang sangat rumit yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan, bak kata pepatah Melayu, “Tarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak”.

Reaksi Sabah, Sarawak, Brunei & Singapura

Sabah

Wujud banyak penentangan pada peringkat awal sehingga lahir bebrapa buah parti politik yang meluangkan penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia.  Parti politik pertama di Sabah lahir pada bulan Ogos 1961 dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United National Kadazan Organization-UNKO) yang dipimpin oleh Donald Stephens.  Parti ini secara jelas menentang pembentukan Malaysia, malah mula memperjuangkan kemerdekaan Sabah.  Pada bulan Jun 1962 Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara yang dipimpin oleh G.S. Sundang telah ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan Sabah.

Sarawak 

Parti Negara Sarawk (Sarawak United People’s Party – SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party – SNAP) secara jelas menentang cadangan peggabungan ini.  SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan dipimpin oleh Ong Kee Hui.  Manakal SNAP diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan.Hanya Barisan Rakyat Jati Sarawak (Berjaya) sahaja yang menyokong cadangan tersebut.

Sejarah Pembetukan Hari Malaysia 22

Sejarah Pembetukan Hari Malaysia 23

 

Brunei

Secara peribadi Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong pembentukan Malaysia.  Rakyat Brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk menyertai gabungan ini.  Tetapi mereka berpendapat akan menyertai gabungan ini selepas mereka mencapai kemerdekaan terlebih dahulu.

Singapura

Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia.  PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini kerana mendapati partinya terancam dan kurang mendapat sambutan daripada rakyat Singapura sendiri.  Sementara parti-parti lain seperti Parti Buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip tetap menganggap sebagai suatu yang sukar untuk dilaksanakan.  Parti Rakyat Singapura juga menentang gagasan Malaysia kerana berpendapat ia merupakan rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.

Sejarah Pembetukan Hari Malaysia 24


Singapura Keluar Malaysia

Pada tanggal 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan dan mengisytiharkan bahawa Penubuhan Malaysia terdiri daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Kesemua wilayah-wilayah ini telah mencapai satu kata sepakat untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.
Namun, keanggotaan Singapura tidak kekal lama. Singapura mula bertindak untuk berpisah daripada menyertai Malaysia.

Faktor Singapura Keluar Malaysia: Cukai

Sejarah Pembetukan Hari Malaysia 25

Sejarah Pembetukan Hari Malaysia 26

Antara faktor Singapura keluar Malaysia adalah disebabkan oleh masalah ekonomi, masalah politik, isu perkauman dan konsep “Malaysia Malaysia”.
Masalah ekonomi yang dihadapi oleh Singapura tercetus apabila melibatkan pemungutan hasil cukai.
Mengikut perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak antara Persekutuan dan Singapura ialah hasil cukai yang dikutip dibahagikan dengan kadar 60 peratus diberikan kepada Singapura dan 40 peratus diberikan kepada kerajaan persekutuan.
Isu cukai ini tercetus apabila berlakunya konfrontasi antara Indonesia, kerajaan persekutuan mengambil keputusan untuk mengkaji semula agihan hasil cukai dengan menetapkan Singapura menyerahkan 60 peratus hasil cukai kepada kerajaan persekutuan. Ini adalah antara sebab utama faktor pemisahan Singapura dari malaysia
Hal ini membangkitkan kemarahan pemimpin Singapura. Kesannya, hubungan antara Kuala Lumpur dan Singapura menjadi tegang sehingga melahirkan rasa kebimbangan Tunku Abdul Rahman.
Hal ini berlanjutan sehingga menyebabkan Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat berkenaan isu pemisahan Singapura daripada Malaysia.

Sebab Singapura Keluar Dari Malaysia: Politik

Selain itu, isu politik juga menjadi penyebab kepada perpisahan Singapura daripada Malaysia.
Ianya bermula apabila PAP berjanji untuk hanya bergiat aktif di Singapura sahaja dan tidak bercadang untuk terlibat dalam pilihanraya Tanah Melayu dalam tempoh 5 tahun penubuhannya.
Namun, berlaku sebaliknya, PAP telah memungkiri janji dan menyertai Pilihan Raya 1964.
Sewaktu pilihanraya tersebut PAP telah menentang Parti Perikatan serta berhasrat untuk mewakili Cina dalam kerajaan bagi menggantikan MCA.
Hasil daripada masalah politik yang berlaku ini, isu perkauman telah merancakkan lagi pertikaian tersebut.
Tunku Abdul Rahman telah menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu kerana penglibatannya yang tidak memberi kesan kepada kerajaan atas alasan kerana pertubuhannya yang masih baru.
Menurut Tunku, penglibatan PAP boleh menjejaskan perpaduan kaum di Tanah Melayu serta hubungan antara parti UMNO dan MCA.
Akibat daripada perselisihan faham tersebut, hubungan antara PAP dan UMNO semakin renggang.
Isu ini berbangkit apabila orang Melayu mula merasakan hak mereka terabai dan Singapura tidak mengambil peduli akan kebajikan orang Melayu di Singapura sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu.
Oleh itu, Tunku Abdul Rahman ditemui oleh beberapa pertubuhan yang mewakili orang Melayu di Singapura bagi menyuarakan isu ini. Ini telah menyebabkan berlakunya rusuhan kaum yang berlaku di Singapura sehingga telah menggugat keselamatan negara.

Singapore Keluar Malaysia: Konsep Malaysia Malaysia

Akhir sekali, konsep “Malaysia Malaysia” yang diperjuangkan oleh pemimpin Singapura disambut kurang senang oleh pemimpin UMNO.
Konsep ini telah menafikan institusi Kesultanan Melayu dan mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Hal ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman merasakan Tindakan Singapura agak melampau jika dibiarkan.
Akhirnya singapura keluar malaysia tahun 9 Ogos 1965, satu pengisytiharan telah dibuat bagi menyatakan bahawa Singapura tidak lagi berada di dalam satu negara yang sama dengan Persekutuan Malaysia.

Kesan Singapura Keluar Dari Malaysia

Apa kesan disebalik singapura keluar malaysia, anda boleh menilai sendiri melihatkan perkembangan secara keseluruhannya dari politik, sosial dan ekonomi Singapore

 

Brunei Keluar Dari Malaysia

Sejarah Pembetukan Hari Malaysia 27

Penyertaan Brunei untuk bergabung bersama wilayah-wilayah lain seperti Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk sebuah negara Malaysia ditolak mentah-mentah kerana beberapa alasan yang diberikan oleh Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddien III.
Isu hasil minyak menjadi faktor utama penolakan Brunei menyertai Penubuhan Malaysia.
Sultan Brunei berpendapat bahawa negaranya mampu berdiri sendiri dengan bantuan pihak Britain tanpa perlu menyertai negara lain.
  1. Faktor utama yang menjadikan isu penolakan Brunei terhadap penyertaan Penubuhan Malaysia menjadi semakin hangat apabila melibatkan hasil minyak yang perlu dikongsi dengan Persekutuan Tanah Melayu.
  2. Kerajaan Brunei tetap berkeras untuk tidak menyertai Malaysia disebabkan oleh keinginan mereka untuk menguasai dan mengawal secara kekal hasil bumi dan semua pendapatan daripada minyak.
  3. Cadangan Penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman ditolak sekeras-kerasnya apabila Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa pihak Persekutuan Tanah Melayu menegaskan pendapatan hasil minyak oleh Kerajaan Brunei perlu diberikan kepada kerajaan Persekutuan sepuluh tahun (10) selepas kemasukan Brunei ke dalam Malaysia.
  4. Sultan Omar Ali Saifuddien III berpendapat jika hasil ini diserahkan kepada kerajaan Persekutuan, penaklukannya terhadap hasil minyak akan terjejas dan ekonominya juga akan tergugat.
  5. Antara faktor lain penolakan Brunei dalam menyertai Malaysia ialah kedudukan Kesultanan Brunei yang diletakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.
  6. Sultan Brunei tidak bersetuju kedudukannya diletak di bawah sekali kerana beliau menginginkan kedudukan yang lebih tinggi.
  7. Beliau juga enggan menukar kuasa penuh beliau semata-mata untuk menjadi raja dalam perlembagaan. Beliau berpendapat jika Kerajaan Brunei bersatu memasuki Malaysia, kedudukannya sebagai Sultan Brunei akan terjejas.
Oleh itu, beliau memutuskan untuk tidak menganggotai Malaysia.
Ini jelas menunjukkan sebab penolakan kerajaan Brunei terhadap penyertaan menyertai Penubuhan Malaysia.

Kesimpulan

Hubungan yang tegang antara Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba dikemuncaknya menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul Rahman yang berpendapat Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan rang undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang tersebut diluluskan dan tiada yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa dihadiri oleh perwakilan Singapura. Pemisahan ini menamatkan pertikaian politik yang berlarutan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Pertikaian itu jika dibiarkan berterusan boleh memburukkan lagi keadaan sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah. Setelah pemisahan Singapura, Malaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.