Himpunan Lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan 2025, Tarikh keramat 31 Ogos sememangnya satu tarikh yang cukup bermakna bagi kita seluruh rakyat Malaysia. Sepanjang bulan Ogos, biasanya kehangatan sambutan bulan Kebangsaan sudahpun bermula.
Guru-guru, penjawat awam, murid dan orang awam tentunya ramai yang mula membuat carian dan diperdengarkan dengan pelbagai lagu patriotik bagi menyuntik semangat cintakan negara.
Himpunan Lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan 2025 ini bukan hanya membantu kita mengingat kembali jasa-jasa tokoh yang berkorban nyawa untuk kita, bahkan turut meniupkan semangat patriotik dalam diri. Banyak cara yang boleh dilakukan Himpunan Lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan 2025 untuk kita menyuntik semangat nasionalisme terhadap tanah air yang tercinta terutama sekali dalam mengekalkan perpaduan sesama kita yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar di sini disediakan laman yang mengandungi Himpunan Lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan 2025 semoga bermanfaat untuk semua.
Himpunan Lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan 2025
WARISAN – Sudirman Haji Arshad
Lirik:
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menguna senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menguna senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
TANGGAL 31 – Sudirman Haji Arshad
Lirik:
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Merdeka, merdeka
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Merdeka, merdeka
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
JALUR GEMILANG
Lirik:
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
SAYA ANAK MALAYSIA
Lirik:
Sembilan belas lima puluh tiga
Bulan lima aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
Negeri Sembilan
Selepas itu aku dibesarkan
Di negeri Kelantan
Aku belajar di sekolah orang putih
Dekat dengan Pasir Putih
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat saleh aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi Malaysia tetap di hati
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Sampai masa aku pun balik
Makweku tengok dia pelik
Dia kata dia nak jadi apa
Aku kata itu Tuhan punya kuasa
Lemah-lembut sopan-santun
Sudah menjadi darah dagingku
Walaupun aku nampaknya kutu
Aku hormat orang tuaku
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
KERANAMU MALAYSIA
Lirik:
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
( ulang dari mula )
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia…
Terima kasih Malaysia !
NYALAKAN TEKAD
Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita
Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung
Nyalakan tekad di hujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara
Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa
SATU MALAYSIA
Lirik:
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama
Kita satu bangsa
Kita satu negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa
Satu negara
Kita 1 Malaysia
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata
Sehati dan sejiwa
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni saling menghormati
Kita satu bangsa
Kita satu negara
Kita satu matlamat
Kita satu bangsa
Satu negara
Kita 1 Malaysia
INILAH BARISAN KITA – Jamaludin Alias
Lirik :
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
AKU NEGARAKU
Lirik :
Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku
Aku Negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku satu
Negaraku tanah tumpah darahku
Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
Kepada-Nya kita berserah
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku
Aku Negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku satu
Negaraku tanah tumpah darahku
Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku
Aku Negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku satu
Negaraku tanah tumpah darahku
Aku Negaraku
MALAYSIA
Lirik:
Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga
Oh, tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya
Oh, tanah airku
Ku Malaysia
Malaysia
Kupertahankan sepenuhnya Malaysia
Selamat datang semua, ini masa kita
Tunduk berhemah, bukannya lemah
Selamat datang semua, ini masa kita
Di mata dunia luar biasa, ah
Ku Malaysia
Malaysia
Kupertahankan sepenuhnya Malaysia
Ku Malaysia
Malaysia
Kupertahankan sepenuhnya Malaysia
Malaysia, Malaysia, padamu ku setia
Tetap di hati selamanya
Malaysia, Malaysia, padamu ku setia
Tetap di hati selamanya
Aku Malaysia
Malaysia
Kupertahankan sepenuhnya Malaysia
Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga
Oh, tanah airku
Aku berikan semua dan sesungguhnya
Oh, tanah airku
Malaysia
Related Post:
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kemerdekaan Sekolah
Buku Panduan Pengunaan Jalur Gemilang
Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2025
Koleksi Pantun Merdeka Hari Kebangsaan 2025
Koleksi Sajak Merdeka Hari Kebangsaan 2025
Aktiviti Mewarna Hari Kebangsaan 2025
Himpunan Lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan 2025
Pengenalan Jalur Gemilang
Maksud Lambang & Warna Pada Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan! Semoga Himpunan Lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan 2025 di atas dapat memupuk semangat cinta tanah air dan kesatuan di kalangan murid-murid di sekolah.