
Koleksi Soalan Peperiksaan SPM Bahasa Inggeris adalah sebahagian soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh GuruBesar.my. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah GuruBesar.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.
Sebar luaskan bahan ini di telegram, facebook dan whatsapp….. semoga ianya bermanafaat
Jika anda ingin mencapai kejayaan jadikanlah hari ini hari anda berhenti menunggu. Buat keputusan tentang matlamat yang tetap. Catatkannya, ingatilah ia. Buat keputusan dengan tepat bagaimana anda melaksanakan rancangan itu dengan segera.
KOLEKSI KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN SPM BAHASA INGGERIS (NOVEMBER) DAN SPM ULANGAN (JUN)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN SPM BAHASA INGGERIS (NOVEMBER)
- Kertas Soalan Peperiksaan SPM Bahasa Inggeris 2018 – KERTAS 1 , KERTAS 2
- Kertas Soalan Peperiksaan SPM Bahasa Inggeris 2017 – KERTAS 1 , KERTAS 2
- Kertas Soalan Peperiksaan SPM Bahasa Inggeris 2015 – KERTAS 1 , KERTAS 2
- Kertas Soalan Peperiksaan SPM Bahasa Inggeris 2014 – KERTAS 1 , KERTAS 2
- Kertas Soalan Peperiksaan SPM Bahasa Inggeris 2013 – KERTAS 1 , KERTAS 2
- Kertas Soalan Peperiksaan SPM Bahasa Inggeris 2012 – KERTAS 1 , KERTAS 2
- Kertas Soalan Peperiksaan SPM Bahasa Inggeris 2011 – KERTAS 1 , KERTAS 2
Selain Koleksi Soalan Peperiksaan SPM Bahasa Inggeris…Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah !!!….
BANK SOALAN PERCUBAAN SPM SEMUA SUBJEK
TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai
Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.
Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.
2. Semak Jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
3. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.