Home Aktiviti Hari Guru Koleksi Ucapan, Pantun Dan Puisi Hari Guru 2024

Koleksi Ucapan, Pantun Dan Puisi Hari Guru 2024

1815
0
Koleksi Ucapan, Pantun Dan Puisi Hari Guru 2024
Koleksi Ucapan, Pantun Dan Puisi Hari Guru 2024, tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia sebagai penghargaan kepada guru/ cikgu yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan.
Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar.
Tugas guru pada masa kini pula semakin mencabar yang mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Koleksi Ucapan, Pantun Dan Puisi Hari Guru 2024. Semoga Bermanafaat kepada semua…

 Koleksi Ucapan, Pantun, Puisi Dan Sajak Selamat Hari Guru ( Happy Teachers’ Day) 2024

” Selamat Hari Guru 2024 Sedunia untuk semua guru!
Terima kasih atas kesabaran, kebaikan, dan dedikasi yang dicuahkan tanpa henti. “
 ” Untuk guru terhebat di dunia, Selamat Hari Guru! Terima kasih untuk semuanya. Saya sayang Cikgu! “
 ” Untuk semua guru, jasa kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa. Terima kasih Cikgu. Selamat Hari Guru 2024. “
” Kepada Semua Pendidik Yang Bergelar Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor Dan Seangkatan dengannya. TERIMA KASIH semua guru kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna. Selamat Hari Guru 2024. “
” Selamat Hari Guru
Mungkin kecil fizikalnya tetapi tetap BESAR peranannya.
Selamat Hari Guru 2024 “
” Selamat Hari Guru 2024
Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. —Hadis Riwayat At-Tirmizi “
” Biar penat berdiri,
Jangan penat memberi.
Biar lelah terduduk,
Jangan lelah membentuk.
Biar penat bercakap,
Jangan penat berharap.
SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU! “
” Selamat Hari Guru 2024
Semoga semua guru menjiwai profesyen perguruan, istiqamah mendidik dengan hati yang murni dan ikhlas dalam beramal membangun pemimpin ummah masa hadapan. “
” Selamat Hari Guru 2024. Kami tidak akan pernah cukup berterima kasih atas dedikasi, kebijaksanaan dan tanggungjawabmu Guru. “
” Guru,
Engkau bagaikan lilin yang selalu menerangi setiap kegelapan, semoga setiap peluh lelahmu melahirkan generasi tangguh dan berjiwa negarawan. Selamat Hari Guru 2024. “
DOWNLOAD :
Ucapan Selamat Hari Guru Yang Menyentuh Hati
Koleksi Pantun Hari Guru
Koleksi Puisi Hari Guru yang Menyentuh Hati
Contoh Pantun & Puisi Hari Guru
Ucapan Selamat Hari Guru Bahasa Inggeris
Hadis Tentang Guru
Contoh Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Related Post:-
PENGATURCARAAN MAJLIS HARI GURU 2024

Koleksi Ucapan, Pantun Dan Puisi Hari Guru 2024 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil  Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Koleksi Ucapan, Pantun Dan Puisi Hari Guru 2024 2