Home Aktiviti Mewarna Latihan Gunting & Mewarna Bahasa Melayu

Latihan Gunting & Mewarna Bahasa Melayu

2033
0
Latihan Gunting & Mewarna Bahasa Melayu
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Latihan Gunting & Mewarna Bahasa Melayu. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Related Post:-

Latihan Gunting Dan Mewarna Bahasa Melayu

Latihan Gunting Dan Mewarna Matematik

Latihan Gunting Dan Mewarna Bahasa Inggeris


Latihan Gunting & Mewarna Bahasa Melayu 12


10 Tips Untuk Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan

1) Buat Jadual

Latihan Gunting & Mewarna Bahasa Melayu 13

Umumnya, pelajar tidak dapat menyusun kehidupan rutin belajar mereka dengan baik dan jika ada pun mereka gagal mengikutinya dengan tekal. Jadual mengulangkaji pelajaran ketika hari biasa adalah berbeza dengan jadual mengulangkaji ketika menghadapi peperiksaan. Jadual ulangkaji ketika peperiksaan haruslah dibina berdasarkan mata pelajaran yang dilalui untuk esok harinya atau yang terdekat . Jadual harus dibina mengikut kesesuaian aktiviti seharian dan perlu diikuti dengan disiplin yang ketat kerana tanpa jadual atau konsistensi yang betul, sangat sukar untuk mencapai keputusan yang di inginkan.

Bukan sahaja pelajar perlu ada jadual atau rutin tertentu tetapi kebanyakan mereka yang berjaya dalam hidup, mereka semua mempunyai corak atau rutin yang mereka ikuti secara tetap.

Jadi buatlah jadual rutin dan selaraskan dengan semua aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian. Ia akan menjadikan anda seoarang pelajar yang lebih konsisten.

2) Ambil Makanan Sihat: –

Latihan Gunting & Mewarna Bahasa Melayu 14

Setelah mengikuti semua perkara di atas sekarang tiba waktunya untuk menjaga kesihatan anda. Perkara yang penting ini sering diabaikan oleh hampir semua orang. Gaya hidup yang sihat adalah perkara yang paling penting dalam hidup anda. Dengan kata lain, “kesihatan adalah kekayaan sebenar dan terbesar dalam hidup”.

Pelajar biasanya tidak menjaga kesihatan mereka dengan sempurna dan mengamalkan mengambil makanan ringan secara tetap. Secara tidak sedar makanan ringan yang mereka ambil merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stres. Oleh itu, jagalah kesihatan anda. Elakkan makanan ringan dan makanlah makanan yang sihat dan berkhasiat.

Amalkan Pemakanan yang seimbang  yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    Latihan Gunting & Mewarna Bahasa Melayu 15