
Modul Latihan Sains Tahun 1 ini sesuai untuk pelajar tahun 1 yang baru memulakan alam persekolahan…… Modul ini dibina mengikut kesesuaian perkembangan pelajar yang baru mengenali dunia sains dan ianya juga merangkumi keseluruhan kemahiran sains tahun 1. Guru-guru digalakan untuk menggunakan modul ini dan juga boleh mengubahsuainya mengikut citarasa .
Ramai yang merasakan Sains adalah subjek yang susah. Tetapi dengan cara dan teknik yang menarik, ia dapat dipelajari dengan betul dan tidak menjadi sesukar yang disangka.
Kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan nota kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. Semoga perkongsian bermanfaat kepada mereka yang memerlukan untuk membuat pelbagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM nanti. Semoga kita juga mendapat manfaat jika hasil perkongsian kita yang tidak seberapa ini memberi kejayaan kepada mereka….