Home Nota PT3 Nota Padat PT3 Geografi Tingkatan 3

Nota Padat PT3 Geografi Tingkatan 3

12392
0

Nota Padat PT3 Geografi Tingkatan 3 adalah himpunan nota-nota Geografi yang terpilih dari seluruh negara.

Nota-nota ini telah direka bentuk untuk memantapkan pengetahuan asas geografi kepada murid serta menyediakan mereka supaya celik geografi, inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan geografi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

Maklumat yang disediakan di dalam Nota Padat PT3 Geografi Tingkatan 3 ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan dan memperoleh kelulusan yang cemerlang. Semoga ibubapa, guru dan pelajar mempoleh bermanafaat dari bahan yang disediakan….

Nota Padat PT3 Geografi Tingkatan 3 13

DIPERSILAKAN KLIK DAN SHARE…..

ISI KANDUNGAN

Nota Padat PT3 Geografi Tingkatan 3


Nota Padat PT3 Geografi Tingkatan 3 14

Semoga perkongsian ini Nota Padat PT3 Geografi Tingkatan 3  manfaat kepada semua terutama mereka yang memerlukan untuk membuat pelbagai persediaan menghadapi peperiksaan nanti. Semoga kita juga mendapat manfaat jika hasil perkongsian kita yang tidak seberapa ini memberi kejayaan kepada mereka….


Artikel Pilihan : –

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Nota Padat PT3 Geografi Tingkatan 3 15

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Nota Padat PT3 Geografi Tingkatan 3 16

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

3. Kunci peperiksaan

Nota Padat PT3 Geografi Tingkatan 3 17

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

4. Peruntukan masa yang secukupnya untuk mengulangkaji

Jangan study last minit. Walaupun sesetengah pelajar boleh mengharungi perkara ini tetapi hampir keseluruhan cerdik pandai menyatakan bahawa (ia diterima secara meluas bahawa untuk kebanyakan kita) ini bukan cara terbaik untuk mendekati peperiksaan. Untuk membantu menguruskan pengurusan masa anda, sediakan jadual waktu untuk mengulangkaji pelajaran. Tuliskan dan hafal jadual peperiksaan yang akan anda ambil. Kemudian sediakan perkara-perkara yang perlu diulangkaji bersesuaian dengan jadual anda dengan sewajarnya. Anda mungkin mahu memberi tumpuan dan memperuntukan masa yang lebih kepada subjek-subjek tertentu, jadi dapatkan keseimbangan yang anda rasa selesa.

Tetapi sekiranya ianya terjadi (belajar last minit), belajarlah atau utamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang anda kuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    Nota Padat PT3 Geografi Tingkatan 3 18