
Nota Padat SPM Biologi Tingkatan 5 KSSM adalah himpunan nota-nota Kimia yang terpilih dari seluruh negara.
Nota-nota ini telah direka bentuk untuk memantapkan pengetahuan dalam ilmu biologi kepada pelajar. Nota ini disediakan bagi mereka yang celik dalam menjalankan kajian tentang benda hidup dan hubungan dengan persekitaran. Biologi juga penting dalam menghargai kepelbagain organisma di bumi, memahami bagaimana badan kita berfungsi dan menguruskan persekitaran dengan lebih baik.
Maklumat yang disediakan di dalam Nota Padat SPM Biologi Tingkatan 5 KSSM ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan dan memperoleh kelulusan yang cemerlang. Semoga ibubapa, guru dan pelajar mempoleh bermanafaat dari bahan yang disediakan….
DIPERSILAKAN KLIK DAN SHARE…..
ISI KANDUNGAN-Nota Padat SPM Biologi Tingkatan 5 KSSMTAJUK 1 : Organisasi Tisu Tumbuhan Dan PertumbuhanDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan RingkasTAJUK 2 : Struktur dan Fungsi DaunDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan RingkasTAJUK 3 : Nutrisi Dalam TumbuhanDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan RingkasTAJUK 4 : Pengangkutan Dalam TumbuhanDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan RingkasTAJUK 5 : Gerak Balas Dalam TumbuhanDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan RingkasTAJUK 6 : Pembiakan Seks dalam Tumbuhan BerbungaDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan RingkasTAJUK 7 : Penyesuaian Tumbuhan pada HabitatDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan RingkasTAJUK 8 : BiodiversitiDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan RingkasTAJUK 9 : EkosistemDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan RingkasTAJUK 10 : Kelestarian Alam SekitarDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan RingkasTAJUK 11 : PewarisanDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan RingkasTAJUK 12 : VariasiDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan RingkasTAJUK 13 : Teknologi GenetikDownload : NOTA PILIHANNota Padat Dan Ringkas |
Semoga perkongsian ini Nota Padat SPM Biologi Tingkatan 5 KSSM manfaat kepada semua terutama mereka yang memerlukan untuk membuat pelbagai persediaan menghadapi peperiksaan nanti. Semoga kita juga mendapat manfaat jika hasil perkongsian kita yang tidak seberapa ini memberi kejayaan kepada mereka….
Artikel Pilihan : –
15 TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai
Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.
Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.
2. Semak Jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
3. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.