Home Artikel Panduan Menulis Borang Keberhasilan Dengan Betul

Panduan Menulis Borang Keberhasilan Dengan Betul

556
0
Panduan Menulis Borang Keberhasilan Dengan Betul
Panduan Menulis Borang Keberhasilan Dengan Betul, penilaian Keberhasilan merupakan salah satu komponen dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Ia juga mewakili 10% wajaran di dalam markah PBPPP.
Penilaian keberhasilan merupakan penilaian hasil kerja utama outcome/ output yang memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas.
Asas penilaian keberhasilan berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian.

Bagaimana cara mengisi borang keberhasilan dengan betul?

Penyataan sasaran keberhasilan perlu ditulis dengan jelas tentang hasil yang akan dicapai daripada tugas-tugas yang dilaksanakan.
Bagi memudahkan penulisan penetapan sasaran keberhasilan, kriteria-kriteria berikut boleh digunakan.
a. Mempunyai Kata Kerja Menggunakan perkataan yang bersifat perbuatan/ amalan seperti mencapai, memastikan, mengurangkan, meningkatkan, menyelesaikan dan seumpama dengannya.
b. Mempunyai Penyataan Ukuran Nilai yang digunakan untuk mengukur sasaran keberhasilan. Penyataan ukuran boleh mengandungi:
  • Kuantiti; dan/ atau
  • Kualiti; dan/ atau
  • Kos; dan/ atau
  • Masa
c. Mempunyai Tujuan Sasaran
Tujuan sesuatu sasaran keberhasilan adalah bagi memperlihatkan hasrat/ matlamat/ penerangan terhadap hasil kerja.
d. Mempunyai Peringkat Sasaran (jika perlu) Tahap/ peringkat penglibatan yang akan dicapai.
Contoh Penulisan Keberhasilan yang betul:

Cara mengisi borang keberhasilan

Panduan Menulis Borang Keberhasilan Dengan Betul 1

Panduan Menulis Borang Keberhasilan Dengan Betul 2

Panduan Menulis Borang Keberhasilan Dengan Betul 3

Related Post:
Contoh Penulisan Keberhasilan
Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan
Panduan Menulis Borang Keberhasilan Dengan Betul

Panduan Menulis Borang Keberhasilan Dengan Betul 4


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Panduan Menulis Borang Keberhasilan Dengan Betul 5