Home Aktiviti Persekolahan Pendaftaran Murid Tahun 1 Kemasukan Sesi 2024/2025

Pendaftaran Murid Tahun 1 Kemasukan Sesi 2024/2025

3382
0
Pendaftaran Murid Tahun 1 Kemasukan Sesi 2024/2025
Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendaftaran Murid Tahun 1 Kemasukan Sesi 2024/2025 adalah salah satu cabang yang diperkenalkan dalam Sistem Pendaftaran tersebut.
Ibu bapa yang mempunyai anak yang akan memasuki alam persekolahan dikehendaki sentiasa peka dengan tarikh-tarikh penting permohonan dan sebagainya supaya pendaftaran anak-anak anda tidak tercicir untuk memasuki ke Tahun 1 sesi baru yang akan dibuka nanti.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Kemasukan Sesi 2024/2025 1

 

Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Tarikh-tarikh penting Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 adalah seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh Pendaftaran Dibuka: 2 Mei 2023
  • Tarikh Pendaftaran Ditutup: 30 Jun 2023
  • Tarikh Rayuan: Akan dimaklumkan
  • Keputusan Rayuan: Akan dimaklumkan

Syarat Kemasukan Persekolahan Bagi Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Syarat-syarat permohonan kemasukan murid ke Tahun 1 Sesi 2024/2025 adalah:
  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019

Apakah Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Pendaftaran?

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Buku Rekod Kesihatan Murid (tarikh imunisasi / suntikan)
  2. Sijil Lahir Murid
  3. Borang Permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  4. Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga Murid
  5. Sijil Nikah / Sijil Daftar Kahwin / Sijil Cerai dan Sijil Hak Jagaan Anak (jika berkenaan)
  6. Bil Utiliti – SYABAS / TNB / ASTRO / TELEFON (sebagai bukti alamat tempat tinggal)
  7. Laporan Kesihatan Doktor Dan Kad OKU (jika berkenaan)
  8. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang dimohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Kemasukan Sesi 2024/2025 2


Cara Membuat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 Secara Online

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 boleh dibuat dengan melalui laman web berikut:
Aplikasi pendaftaran secara atas talian boleh dibuat di Sistem Modul Pengurusan Awam (idMe) dan cara mendaftar masuk adalah:
  • Untuk pengguna sedia ada, sila log in menggunakan Nombor Kad Pengenalan / Passport dan kata laluan anda
  • Untuk pengguna baru idMe, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di Daftar Pengguna
Pendaftaran pengguna adalah menggunakan Nombor Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga.
Selepas selesai masuk ke dalam Sistem idMe, anda boleh mengisi semua maklumat-maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan antara maklumat yang perlu diisi adalah:
  1. Maklumat prasekolah / tadika
  2. Profil kesihatan
  3. Rekod imunisasi kanak-kanak
Anda juga boleh merujuk manual penggunaan Sistem idMe bagi melancarkan proses pendaftaran tersebut.
Seterusnya, borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa / penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan / Pengesahan Pendaftaran iaitu semasa tempoh permohonan pendaftaran dibuka.
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Pendaftaran Murid Tahun 1 Kemasukan Sesi 2024/2025 memberi manfaat kepada anda semua.

Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil  Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.
Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Pendaftaran Murid Tahun 1 Kemasukan Sesi 2024/2025 3