Perancangan Tahunan Panitia Sains

Perancangan Tahunan Panitia Sains, Pengurusan Panitia Mata Pelajaran adalah merupakan jawatankuasa yang berfungsi merancang, mengurus dan menyelesaikan masalah yang berkaitan pelaksanaan kurikulum. Pengurusan panitia mata pelajaran yang berkesan dapat memastikan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk mendepani cabaran semasa dan masa hadapan. Perancangan Tahunan Panitia Sains yang berkualiti juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan sejajar dengan peredaran masa dan tuntutan global.

Kepada ibu bapa, guru-guru di sini disediakan laman yang mengandungi Perancangan Tahunan Panitia Sains semoga bermanfaat untuk semua.

Perancangan Tahunan Panitia Sains

DOWNLOAD:

📝 Perancangan Tahunan Panitia Sains


Related Post:



Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

Himpunan Perancangan Tahunan Panitia

Pengenalan

  1. Pengurusan Panitia adalah amat penting dan menjadi teras kepada pembangunan akademik (pengurusan kurikulum) di sesebuah sekolah.
  2. Peranan dan fungsi pengurusan panitia ialah dapat mengupayakan kualiti akademik dan dapat menjayakan pelaksanaan kurikulum di sesebuah sekolah.
  3. Mengurus sesbuah Panitia Mata Pelajaran memerlukan kemahiran, pengetahuan dan kewibaan kepimpinan sesorang Ketua Panitia.
  4. Meningkat atau menurunnya prestasi akademik mata pelajaran sesebuah sekolah banyak bergantung kepada pengurusan panitia.

Tafsiran Panitia Mata Pelajaran

Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang  dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.

Tujuan Penubuhan Panitia Mata Pelajaran

Berikut adalah beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran:

  • Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran
  • Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.
  • Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi atau target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
  • Mewujudkan semangat bekerjasama antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.

Bagaimana Mengurus Panitia Mata Pelajaran Yang Berkualiti?

Pengurusan oleh panitia mata pelajaran yang berkualiti perlu ada perkara-perkara seperti berikut:

  • Pengurusan panitia mata pelajaran hendaklah diurus dengan kemas kini dan mudah diakses oleh pihak yang berkenaan seperti yang ditetapkan dalam Arahan perkhidmatan Bab 4: Fail Memail.
  • Perlu juga mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986: Panitia Mata Pelajaran.
  • Perlu merancang dan membincang program/aktiviti dengan sistematik dan berkesan.
  • Ketua Panitia Mata Pelajaran yang dilantik perlulah seorang yang berpengalaman dan tinggi ilmu pengetahuan, mempamirkan penampilan diri yang aktif dan cemerlang

Ahli-ahli panitia mata pelajaran perlu sentiasa berkongsi idea dan tenaga supaya dapat membantu dan menyokong keberkesanan kurikulum/akademik sesebuah sekolah serta memastikan pelaksanaan kejayaan pembelajaran Abad ke 21.