Home Aktiviti Persekolahan Permohonan Pengawas Peperiksaan Dari Kalangan Orang awam

Permohonan Pengawas Peperiksaan Dari Kalangan Orang awam

399
0
Permohonan Pengawas Peperiksaan Dari Kalangan Orang awam
Permohonan Pengawas Peperiksaan Dari Kalangan Orang awam, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, usaha untuk memelihara kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Justeru, buat pertama kalinya pelantikan pengawas peperiksaan awam bermula dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 telah dibuka kepada orang awam.
Orang ramai yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan adalah dijemput untuk memohon sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan SPM tahun 2023.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Permohonan Pengawas Peperiksaan Dari Kalangan Orang awam. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Permohonan Pengawas Peperiksaan Dari Kalangan Orang awam

Permohonan Pengawas Peperiksaan Dari Kalangan Orang awam

SYARAT PERMOHONAN:
1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun
4. Pemohon adalah pesara/pelajar kolej atau universiti yang sedang dalam tempoh cuti semester sepanjang SPM berlangsung/lepasan sekolah, kolej atau universiti
5. Bebas daripada sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah
6. Mempunyai pengangkutan sendiri

Permohonan Pengawas Peperiksaan Dari Kalangan Orang awam

KATEGORI PEMOHON
KATEGORI 1: Pesara kerajaan (skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
KATEGORI 2: Pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, Institut Pendidikan Guru, lepasan asasi/ matrikulasi
KATEGORI 3: Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri/sekolah swasta/Maktab Rendah Sains Mara
KATEGORI 4: Anggota Kumpulan Pelaksana/Pekerja Kontrak Kerajaan
KATEGORI 5: Kakitangan bukan kerajaan/pesara kerajaan/pesara swasta
Iklan penawaran sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan kepada orang awam disiarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri berdasarkan kriteria berikut:
Prinsip: Penawaran adalah berdasarkan kepada prinsip sukarelawan
Elaun dibayar berdasarkan kepada jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam
Tugas: Bertugas sebagai pengawas peperiksaan sahaja
Permohonan dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, JPN melalui pautan https://bit.ly/44KmnxL.
Pemohon yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk sesi temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan dibuka mulai 12 September 2023 hingga 31 Oktober 2023.
Pemohon yana tidak menerima sebarana jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah diangjap tidak berjaya.

Permohonan Pengawas Peperiksaan Dari Kalangan Orang awam 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    Permohonan Pengawas Peperiksaan Dari Kalangan Orang awam 2