Home Kalendar & Takwim Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM STPM

Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM STPM

1569
0

Disini disediakan Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM STPM khusus untuk ibu bapa, guru dan pelajar dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan untuk tahun 2019 ini….Semoga bermanafaat..

Untuk calon-calon yang akan menhadapi SPM pada tahun ini, Jadual peperiksaan akan diawalkan selewat-lewatnya akhir September atau awal Oktober bermula 2019.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenal sistem jadual peperiksaan anjal atas faktor logistik, cuaca serta kebajikan pelajar. Antara jadual peperiksaan yang diawalkan itu terdiri subjek elektif yang kandungan sukatan pelajarannya bersifat kemahiran dan mengandungi kerja kursus. Antara subjek elektif yang diawalkan itu terdiri dari mata pelajaran seni, pertukangan, sains komputer, bahasa bukan teras seperti Kadazan Dusun, Iban, Tasaur Islam dan seni muzik.

Bagaimanapun subjek teras terdiri dari bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains, Matametik, Pendidikan Islam Dan Sejarah kekal mengikut jadual seperti biasa

Peperiksaan awal ini akan dapat membantu mengurangkan tekanan pelajar dalam menghadapi masa yang panjang menghadapi peperiksaan dan dapat memendekkan waktu peperiksaan, ia juga dapat mengurangkan bebanan pengawas peperiksaan yang bertugas.

Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM STPM 1

Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM STPM 2

Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM STPM 3

15 TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM STPM 4

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM STPM 5

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

3. Kunci peperiksaan

Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM STPM 6

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

Dapatkan Tip seterusnya disini….    Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM STPM 7