Home Aktiviti Persekolahan Tips Ringkas Kewangan Khusus Untuk Guru Baharu

Tips Ringkas Kewangan Khusus Untuk Guru Baharu

15
0
Tips Ringkas Kewangan Khusus Untuk Guru Baharu
Tips Ringkas Kewangan Khusus Untuk Guru Baharu, pengurusan kewangan bagi cikgu muda yang baru posting memang merupakan satu cabaran. Baru pegang gaji sendiri, duit sendiri, maka banyaklah benda yang nak rasa dan beli. Apatah lagi komitmen pada awal karier nih memang lain macam sket. Masa nih lah nak simpan duit untuk komitmen yang besar, macam untuk kahwin, untuk beli kereta, untuk beli rumah, nak bantu keluarga, nak modal berniaga. Itu belum lagi nak guna untuk gaya hidup, macam nak beli baju pakai, gajet, barang mekap dan lain-lain yang sebelum nih, mampu tengok saja. 
Ini termasuk dengan kena tipu oleh Skim Cepat Kaya, MLM dan perniagaan lain yang akhirnya terjerat kena bayar loan bertahun-tahun untuk benda yang tak ada. Pendek cerita lepas tu akan berada pada keberhutangan yang serius, iaitu jumlah hutang lebih daripada 60% pendapatan. Nauzubillah! Semoga kita semua dijauhkan daripada hutang. So sebelum anda dijerat dan terjerat, jom kita baca beberapa Tips Ringkas Kewangan Khusus Untuk Guru Baharu yang boleh dikongsikan daripada pengalaman guru dan rakan.

Tips Ringkas Kewangan Khusus Untuk Guru Baharu

Tips Ringkas Kewangan Khusus Untuk Guru Baharu

1. Pelajari Asas Pelaburan:
💵 Fahami asas pelaburan dan pertimbangkan untuk melabur dalam saham, bon, atau unit amanah untuk meningkatkan kekayaan anda dalam jangka masa panjang.
2. Jaga Kesihatan:
💵 Kesihatan yang baik boleh menjimatkan banyak kos perubatan. Pastikan anda menjaga kesihatan dengan gaya hidup sihat dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
3. Rancang untuk Persaraan:
💵 Mula menyimpan untuk persaraan seawal mungkin. Jika majikan anda menawarkan skim persaraan, manfaatkan sumbangan mereka. Anda juga boleh membuka akaun simpanan persaraan sendiri.
4. Guna Diskaun dan Tawaran:
💵 Manfaatkan diskaun dan tawaran yang ditawarkan kepada guru, seperti diskaun untuk bahan mengajar, buku, atau keahlian kelab kesihatan.
5. Buat Bajet Bulanan:
💵 Buat senarai semua pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. Ini termasuk gaji, bil, sewa, pinjaman, dan perbelanjaan harian. Dengan cara ini, anda boleh memastikan anda tidak berbelanja lebih daripada pendapatan anda.
6. Simpanan Kecemasan:
💵 Cuba simpan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan dalam akaun simpanan kecemasan. Ini penting untuk menampung sebarang perbelanjaan tidak dijangka seperti kerosakan kereta atau kecemasan perubatan.
7. Kawal Perbelanjaan:
💵 Elakkan perbelanjaan yang tidak perlu dan kawal perbelanjaan harian. Beli barang keperluan sahaja dan elakkan daripada membeli barang mewah atau yang tidak penting.
8. Manfaatkan Faedah dan Kemudahan Guru:
💵 Banyak institusi dan perniagaan menawarkan diskaun atau faedah khas untuk guru. Pastikan anda menyelidik dan mengambil kesempatan daripada tawaran ini untuk mengurangkan perbelanjaan anda.

Credit: https://t.me/pendidik2u

Related Post: 
HIMPUNAN TIPS RINGKAS GURU DALAM PENDIDIKAN

Tips Ringkas Kewangan Khusus Untuk Guru Baharu 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil  Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Tips Ringkas Kewangan Khusus Untuk Guru Baharu 2