Himpunan Senarai Tugas Guru

Himpunan Senarai Tugas Guru, sebagai seorang guru di Malaysia, skop kerja adalah meliputi pelbagai aspek yang berhubungan dengan pengajaran dan pembelajaran. Antara tugas guru adalah menyediakan bahan pengajaran, menyampaikan pengajaran secara kreatif dan inovatif, menilai prestasi pelajar, memberi maklum balas dan bimbingan, dan menguruskan kelas dengan cekap. Selain itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti persatuan dan kelab, dan turut terlibat dalam penyelidikan dan perkembangan profesional.

Himpunan Senarai Tugas Guru turut melibatkan kerjasama dengan ibu bapa dalam memastikan pembelajaran yang berkesan dan membantu dalam perkembangan pelajar secara holistik. Kepada guru-guru di sini disediakan laman yang mengandungi Himpunan Senarai Tugas Guru semoga bermanfaat untuk semua.

Himpunan Senarai Tugas Guru

HIMPUNAN SENARAI TUGAS GURU

💼 Guru Bertugas Harian / Mingguan

💼 Guru Buku Teks/ Rujukan Guru

💼 Guru Disiplin

💼 Jawatankuasa Rancangan Makanan Tambahan (RMT) & Projek Susu Sekolah (PSS)

💼 Guru Mata Pelajaran

💼 Guru Rumah Sukan

💼 Jawatankuasa Jadual Waktu

💼 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid

💼 Jawatankuasa Pusat Sumber/ Perpustakaan Sekolah

💼 Tugas-tugas Guru Media

💼 Tugas-tugas Setiausaha Sukan

💼 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

💼 Penolong Kanan Kokurikulum

💼 Penolong Kanan 1 (Pentadbiran)

💼 Penolong Kanan 2 (Hal Ehwal Murid)


Related Post:

Buku Pengurusan Dan Takwim Persekolahan 2025/2026

Himpunan Senarai Tugas Guru

Buku Panduan Pengawas Sekolah



CIRI-CIRI GURU DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-21

Himpunan Senarai Tugas Guru

1. Guru  Mesti Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Guru Mesti Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi
Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Guru Mesti Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.

4. Guru Mesti Memahami Psikologi Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Guru Mesti Memiliki Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Guru Mesti Mengetahui Tentang Penggunaan Teknologi Terkini
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan LCD atau game dan aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.