Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan Online Kemasukan Ke Prasekolah KPM 2021 adalah salah satu cabang yang diperkenalkan dalam Sistem Pendaftaran tersebut
Permohonan Online Kemasukan Ke Prasekolah KPM 2021
TARIKH PERMOHONAN
a. Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2021 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2020 Hingga 30 April 2020.
b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac 2020 hingga 31 Mei 2020
SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 2021
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon.
PEMILIHAN SEKOLAH
Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.
PEMILIHAN MURID
Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad
MOHON PERHATIAN
KEPADA IBUBAPA SILA BACA MANUAL PENGGUNA (IBU BAPA/PENJAGA) SISTEM PERMOHONAN E-PRASEKOLAH DIBAWAH INI DENGAN TELITI SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN
Bagi melancarkan permohonan, ibu bapa/penjaga dinasihatkan untuk menggunakan web browser Google Chrome
SILA MUAT TURUN : MANUAL PENGGUNA (IBU BAPA/PENJAGA) SISTEM PERMOHONAN E-PRASEKOLAH
SEMAK KEPUTUSAN PERMOHONAN
a. Secara Dalam Talian Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang
https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2020 (tertakluk kepada pindaan).
b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2020 (tertakluk kepada pindaan).
RAYUAN PERMOHONAN
a. Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.
b. Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.
c. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang
https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2020 (tertakluk kepada pindaan).
d. Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.
Bantuan Helpdesk
a. Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
b. Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah) Atau
Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan
Unit Pendidikan Awal
Kanak-Kanak dan Prasekolah/Alamat Emel
- JPN Johor – [email protected]
- JPN Kedah – [email protected]
- JPN Kelantan – [email protected]
- JPN Melaka – [email protected]
- JPN Negeri Sembilan – [email protected]
- JPN Pahang – [email protected]
- JPN Perak – [email protected]
- JPN Perlis – [email protected]
- JPN Pulau Pinang – [email protected]
- JPN Sabah – [email protected]
- JPN Sarawak – [email protected]
- JPN Selangor – [email protected]
- JPN Terengganu – [email protected]
- JPWP Kuala Lumpur – [email protected]
- JPWP Labuan – [email protected]
- JPWP Putrajaya – [email protected]
Jika mempunyai aduan berkenaan sistem sila emelkan kepada: [email protected]