Home Aktiviti Harian Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran

Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran

691
0
Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran
Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran, Ilmu perlu dilihat sebagai sesuatu yang mahal berbanding perkara-perkara lain. Maka disebabkan itulah ilmu dianggap sebagai permata yang berharga. Ilmu jugalah akhirnya dapat membentuk kebaikan. Manakala, kebaikan bukanlah terletak dengan banyaknya harta, tingginya pangkat kuasa, keturunan yang hebat atau besarnya jasa.
Namun kebaikan hanyalah terletak di dalam ilmu Allah SWT ketika mencari keredhaan-Nya. Maka, menerusi ilmu, manusia dapat melahirkan tali silaturrahim sesama mereka, menjaga perhubungan di antara makhluk dan manusia serta menjaga hubungan di antara manusia dengan penciptanya, Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut atau mencari ilmu, maka Allah memudahkannya untuk menempuh jalan ke syurga.” – Diriwayatkan oleh Tirmidzi.
Nabi SAW menyebutkan dalam hadis ini tentang orang-orang yang menempuh jalan di dalam menuntut ilmu. Apabila digunakan perkataan menempuh, ia secara tidak langsung menunjukkan betapa berat dan sukarnya jalan tersebut. Memberikan gambaran bahawa jalan yang bakal ditempuh itu adalah berliku, penuh ranjau dan memerlukan pengorbanan tinggi. Disini disediakan Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran… semoga bermanafaat…..

Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran

Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran

فَفَهَمْنَاهاَ سُلَيْمَانَ وَكُلاَّ اَٰتَيْناَ حِكْماً وَعِلْمً وَسَخََّرْناَ مَعَ دَاوُدَالجِْبَالَ يُسَّبِحْنَ وَالطَّيْرِ وُكناَّ فَاعِلِيْنَ , وَ ياَ حَيُّ يَا قَيُّومُ ياَ رَبَّ مُوسَىٰٰ وَهَارُوْنَ وَرَبَّ إِبْرَاهِيْمَ وَياَ رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ (صلى الله عليه وسلم) عَلَيْهِمْ أَجمْـَعِيْنَ , اَللَّّهُمَّ ارْزُقْنِيَ الفَهْمَ وَالعِلْمَ وَالحِكْمَةً وَالعَقْلَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَاحِمِيْنَ

(Surah Al-Anbiya’: ayat 79)
Maksudnya:
“ Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing kami berikan hukum dan ilmu, kami tundukkan gunung-ganang dan burung kepada Daud, dan semuanya itu Kamilah yang membuatnya. Ya Allah, Tuhan Musa dan Tuhan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berilah aku rezeki, faham ilmu dan hikmah, dan fikiran dengan-Mu, Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.”
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran 1


“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal
Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran ……Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.