Home Aktiviti Harian Doa Ditemukan Barang Yang Hilang

Doa Ditemukan Barang Yang Hilang

582
0
Doa Ditemukan Barang Yang Hilang
Doa Ditemukan Barang Yang Hilang…..Pernahkah anda kehilangan barang atau barang anda dicuri orang ? Kehilangan barangan berharga tentu sahaja membuatkan anda risau dan gelisah…… Kemudian anda bertanyakan kepada orang di sekitar mengenai keberadaan barang anda, dan minta bantuan orang lain untuk membantu mencari baran tersebut. Disini disediakan Doa Ditemukan Barang Yang Hilang yang boleh diamalkan bagi dipermudahkan kerja.

Doa Ditemukan Barang Yang Hilang

Doa Ditemukan Barang Yang Hilang

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

“Allahumma ya jami‘an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin wa ‘afiyah.”
Maksudnya:
“Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.”
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Ditemukan Barang Yang Hilang 1

 


Amalan Barang Hilang Supaya Kembali

  1. Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.
  2.  Al-Fatihah                         7 kali
  3. Al Fath 1-3                         7 kali
  4. Al Khafi Ayat 19                  7 kali
  5. Surah Al-Ikhlas                   7 kali
  6. Selawat                              7 kali
  7. Ya Allah                              3 kali.
  8. Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’  119 kali
Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Doa Ditemukan Barang Yang Hilang…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.