Latih Tubi JAWI Semua Tajuk, Tulisan Jawi (توليسن جاوي), juga dipanggil Yawi di Pattani. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf Jawi. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan.
Maklumat yang disediakan di dalam Latih Tubi JAWI Semua Tajuk ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan dan memperoleh kelulusan yang cemerlang.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan laman yang mengandungi Latih Tubi JAWI Semua Tajuk. Semoga Bermanafaat kepada semua… |