Aktiviti Anyaman Kertas Prasekolah, Pendidikan Prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar di sini disediakan laman yang mengandungi Aktiviti Anyaman Kertas Prasekolah semoga bermanfaat untuk semua.
DOWNLOAD:
✏️ Aktiviti Anyaman Kertas Prasekolah
Related Post:
Himpunan Bahan Aktiviti Dan Latihan Prasekolah
Objektif Pendidikan Prasekolah
Prasekolah di Aliran Perdana
Menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai objektif seperti yang berikut:
- Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan;
- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam;
- Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;
- Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia;
- Menyayangi dan menghargai alam sekitar;
- Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri;
- Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri;
- Mengembangkan daya kreatif dan estetika; dan
- Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
kredit: Berita Harian
Prasekolah Pendidikan Khas
- Menyediakan peluang pendidikan yang sesuai dan relevan dengan kebolehan Murid Berkeperluan Khas agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti;
- Membangunkan perkembangan kognitif dan kemahiran bersosial serta mengurangkan masalah tingkah laku yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak berkeperluan khas;
- Meningkatkan perkembangan fizikal, bahasa, dan memahirkan pertuturan, psikologi dan kemahiran urus diri;
- Mewujudkan sifat ingin tahu, berinisiatif dan berdisiplin;
- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam; dan
- Menyediakan diri dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk memberikan pengalaman persekolahan yang akan dilalui.