DSKP Bahasa Inggeris Tahun 1 KSSR, DSKP yang dihasilkan telah menyepadukan enam tunjang kerangka KSSR, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bagi menjayakan pelaksanaan DSKP Bahasa Inggeris Tahun 1 KSSR, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.
Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan KSSR. Semoga pelaksanaan KSSR akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar di sini disediakan laman yang mengandungi DSKP Bahasa Inggeris Tahun 1 KSSR semoga bermanfaat untuk semua.
DOWNLOAD:
📖 DSKP Bahasa Inggeris Tahun 1 KSSR – SK
📖 DSKP Bahasa Inggeris Tahun 1 KSSR – SJK
Related Post:
DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 KSSR
DSKP Bahasa Inggeris Tahun 1 KSSR
DSKP Matematik Tahun 1 KSSR
DSKP Sains Tahun 1 KSSR
DSKP Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR
DSKP Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR
DSKP PJPK Tahun 1 KSSR
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 1 KSSR
DSKP Pendidikan Muzik Tahun 1 KSSR
DSKP Bahasa Cina Tahun 1 KSSR
DSKP Bahasa Arab Tahun 1 KSSR
Himpunan Latih Tubi KSSR
Himpunan Buku Teks Digital KSSR Semakan 2017
Kepentingan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
1. Guru Memahami Dengan Lebih Jelas Objektif Yang Ingin Dicapai Dalam Sesuatu Topik
Dengan adanya Dokumen Standard yang mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran serta modul pengajaran yang turut disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Modul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk menggantikan buku teks.
2. Meningkatkan Kredibiliti Guru
Sistem penilaian peringkat sekolah yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran Malaysia menggantikan kaedah peperiksaan yang dilaksanakan untuk murid sebelum ini mampu meningkatkan kredibiliti seseorang guru. Ini kerana pentaksiran berasaskan sekolah memberi hak 100% kepada guru untuk menilai murid-murid semasa di dalam bilik darjah.
3. Memastikan Murid Melepasi Standard Yang Ditetapkan
Guru boleh menyediakan instrumen berdasarkan Dokumen Standard Prestasi yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan. Di dalam Dokumen Standard Prestasi ini, terdapat band yang merangkumi band 1 hingga band 6. Kebaikan dilaksanakan penilaian berasaskan sekolah adalah untuk murid yang berada di aras lemah kerana guru boleh mempelbagaikan instrumen bergantung pada tahap murid. Tidak semestinya satu instrumen untuk keseluruhan kelas yang diajar.
4. Mengenalpasti Strategi Penambahbaikan
Dokumen Standard Kurikulum yang ada dalam KSSR ialah usaha menyusun semula pelan menambahbaik kurikulum sedia ada memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. KSSR ini juga dapat menangani isu pendidikan mengikut jadual waktu, bilangan matapelajaran yang banyak serta keterlaluan.
5. Mengatasi Masalah Keciciran Murid
Melalui pendekatan modul pembelajaran untuk murid menggantikan buku teks, setiap sesi pengajaran akan berupaya mewujudkan fokus kepada sesuatu kemahiran utama dengan mengintegrasikan kemahiran lain secara menyeluruh. Selain itu, dengan menggunakan Dokumen Standard Prestasi yang ada akan menyebabkan guru memainkan peranan yang bersepadu untuk semua muridnya.