DSKP Bahasa Cina Tahun 1 KSSR

DSKP Bahasa Cina Tahun 1 KSSR, DSKP yang dihasilkan telah menyepadukan enam tunjang kerangka KSSR, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi menjayakan pelaksanaan DSKP Bahasa Cina Tahun 1 KSSR, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.

Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan KSSR. Semoga pelaksanaan KSSR akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar di sini disediakan laman yang mengandungi DSKP Bahasa Cina Tahun 1 KSSR semoga bermanfaat untuk semua.

DSKP Bahasa Cina Tahun 1 KSSR

DOWNLOAD:

📖 DSKP Bahasa Cina Tahun 1 KSSR – SK

📖 DSKP Bahasa Cina Tahun 1 KSSR – SJKC


Related Post:

DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 KSSR

DSKP Bahasa Inggeris Tahun 1 KSSR

DSKP Matematik Tahun 1 KSSR

DSKP Sains Tahun 1 KSSR

DSKP Pendidikan Islam Tahun 1 KSSR

DSKP Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR

DSKP PJPK Tahun 1 KSSR

DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 1 KSSR

DSKP Pendidikan Muzik Tahun 1 KSSR

DSKP Bahasa Cina Tahun 1 KSSR

DSKP Bahasa Arab Tahun 1 KSSR

Himpunan Latih Tubi KSSR

Himpunan Buku Teks Digital KSSR Semakan 2017



Kepentingan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

1. Guru Memahami Dengan Lebih Jelas Objektif  Yang Ingin Dicapai Dalam Sesuatu Topik

Dengan adanya Dokumen Standard yang mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran serta modul pengajaran yang turut disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Modul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk menggantikan buku teks.

2. Meningkatkan Kredibiliti Guru

Sistem penilaian peringkat sekolah yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran Malaysia menggantikan kaedah peperiksaan yang dilaksanakan untuk murid sebelum ini mampu meningkatkan kredibiliti seseorang guru. Ini kerana pentaksiran berasaskan sekolah memberi hak 100% kepada guru untuk menilai murid-murid semasa di dalam bilik darjah.

3. Memastikan Murid Melepasi Standard Yang Ditetapkan

Guru boleh menyediakan instrumen berdasarkan Dokumen Standard Prestasi yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan. Di dalam Dokumen Standard Prestasi ini, terdapat band yang merangkumi band 1 hingga band 6. Kebaikan dilaksanakan penilaian berasaskan sekolah adalah untuk murid yang berada di aras lemah kerana guru boleh mempelbagaikan instrumen bergantung pada tahap murid. Tidak semestinya satu instrumen untuk keseluruhan kelas yang diajar.

4. Mengenalpasti Strategi Penambahbaikan

Dokumen Standard Kurikulum yang ada dalam KSSR ialah usaha menyusun semula pelan menambahbaik kurikulum sedia ada memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. KSSR ini juga dapat menangani isu pendidikan mengikut jadual waktu, bilangan matapelajaran yang banyak serta keterlaluan.

5. Mengatasi Masalah Keciciran Murid

Melalui pendekatan modul pembelajaran untuk murid menggantikan buku teks, setiap sesi pengajaran akan berupaya mewujudkan fokus kepada sesuatu kemahiran utama dengan mengintegrasikan kemahiran lain secara menyeluruh. Selain itu, dengan menggunakan Dokumen Standard Prestasi yang ada akan menyebabkan guru memainkan peranan yang bersepadu untuk semua muridnya.