
Cara Solat Jamak Dan Qasar …Apabila mengembara atau membuat perjalanan jauh, kita diberi keringanan untuk mengerjakan solat jamak dan qasar sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.
Antara hikmah disyariatkan solat jamak dan qasar adalah :
1. Meringankan / memudahkan umat Islam untuk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dalam apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir / melancong / ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan megeratkan tali persaudaraan
Secara ringkasnya, solat jamak bererti solat yang dihimpunkan, manakala solat qasar pula bermaksud solat yang dipendekkan. Disini disediakan Cara Solat Jamak Dan Qasar yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…
Niat Solat Qasar Jamak Takdim : Zohor & Asar
“ Usolli fardol zuhri qosron rak’ataini jama’a takdiimin lillahi taala ”
Maksudnya:
“Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.“
1. Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir lafaz niat di atas Kerjakanlah solat fardu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
2. Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat solat fardu Asar tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat. Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut (muwalat).
Lafaz niat untuk solat jamak fardu Asar:
“Usolli fardol ‘asri qosron rak’ataini jama’a takdiimin lillahi taala”
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
3. Niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
Niat Solat Qasar Jamak Takdim : Maghrib & Isyak
“Usolli fardol maghribi salasa raka’atin jama’a takdiimin lillahi taala”
Maksudnya:
“Sahaja aku solat fardu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.“
1. Setelah masuk waktu maghrib Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. Kerjakan solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat (tiada qasar untuk maghrib) dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
2. Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Isyak tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat. Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.
“Usolli fardol isya’i qosron rak’atini jama’a takdiimin lillahi taala”
Maksudnya:
“Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.“
3. Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. Kerjakanlah solat fardu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
Solat Qasar Jamak Takhir : Zohor & Asar
” Usolli fardol asri qosron rak’atini jama’a takhirin lillahi taala“
Maksudnya:
“Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.“
1. Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Zohor di waktu Asar nanti. Apabila masuk waktu Asar, bersedialah untuk solat. Mulakan dengan solat fardu Asar dahulu.
2. Niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. Kerjakanlah solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
3. Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Zohor tanpa membaca wirid, doa, atau solat sunat. Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.
” Usolli fardol zuhri qosron rak’atini jama’a takhirin lillahi taala“
Maksudnya:
“Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.“
4. Niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. Kerjakanlah solat fardu Zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
Niat Solat Qasar Jamak Takhir : Maghrib & Isyak
” Usolli fardol zuhri qosron rak’atini jama’a takhirin lillahi taala“
Maksudnya:
“Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.“
1. Setelah masuk waktu Maghrib dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Maghrib di waktu Ishak nanti. Apabila masuk waktu Ishak, bersedialah untuk solat. Mulakan dengan solat fardu Ishak dahulu.
2. Niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. Kerjakanlah solat fardu Ishak tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
3. Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Maghrib tanpa membaca wirid, doa, atau solat sunat. Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.
” Usolli fardol maghribi salasa raka’atin jama’a takhirin lillahi taala “
Maksudnya:
“Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala“
4. Niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas. Kerjakanlah solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
CARA SOLAT JAMAK & QASAR YANG MUDAH MENGIKUT PANDUAN JAKIM
SOLAT QASAR
Pengertian Solat Qasar
- Dari segi bahasa : Pendek dan ringkas.
- Dari segi istilah : Memendekkan solat jenis EMPAT rakaat kepada DUA rakaat.
*Solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
- Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
- Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
- Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
- Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
SOLAT JAMAK
Pengertian Solat Jamak
- Dari segi bahasa : Himpun atau kumpul
- Dari segi istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
*Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
SOLAT JAMAK TAQDIM & JAMAK TA’KHIR
Solat Jamak terbahagi kepada 2 iaitu:
JAMAK TAQDIM
Maksudnya : Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.
SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
1. Niat
Niat jamak dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram.
Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam.
(Bukannya selepas memberi salam sebab solat sudah habis/selesai).
2. Tertib
Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dengan didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua.
Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.
3. Berturut-turut
Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran seperti terlupa atau pitam, terbatallah jamak.
Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak.
Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap seperti oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat kerana mendapatkan sedikit air untuk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.
4. Masih Dalam Perjalanan
Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua).
Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua.
Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal Waktu Solat Pertama
Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Sah Solat Yang Pertama
Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
CARA SOLAT JAMAK TA’KHIR
Maksudnya: Menghimpunkan DUA solat Fardhu dalam waktu kedua.
Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Niat
Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.
2. Masih Dalam Perjalanan
Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib).
Oleh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
HIMPUNAN DOA HARIAN PILIHAN
-
-
- Doa Ketika Mimipi Baik Dan Buruk
- Doa Dan Sunnah Ketika Hujan
- Doa Kepada Ibu Bapa Dalam Al-Quran
- Doa Meminta Kesembuhan Penyakit
- Doa Ketika Dan Selepas Azan
- Doa Ketika Ditimpa Musibah
- Doa Agar Hati Tenang
- Doa Ditemukan Barang Yang Hilang
- Doa Ringkas Selepas Solat
- Doa Penerang Hati
- Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran
- Doa Hendak Tidur Dan Doa Bangun Tidur
- Doa Sebelum Dan Selepas Makan
- Doa Dipermudahkan Segala Urusan
- Doa Masuk Dan Keluar Masjid
- Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur
- Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan
- Doa Naik Kenderaan
- Doa Sebelum, Sedang Dan Selepas Belajar
- Doa Masuk Dan Keluar Rumah
- Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan
- Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran
- Doa Dijauhkan Dari Sifat Malas, Pengecut Dan Bakhil
- Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas
-
” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “
ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.
- Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
- Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
- Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
- Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
- Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
- Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
- Berdoalah dengan suara yang lembut
- Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
- Berdoa Sambil Menangis
- Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
- Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
- Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
- Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
- Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
Cara Solat Jamak Dan Qasar …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.