Home Aktiviti Harian Doa Kepada Ibu Bapa Dalam Al-Quran

Doa Kepada Ibu Bapa Dalam Al-Quran

1571
0
Doa Kepada Ibu Bapa Dalam Al-Quran
Doa Kepada Ibu Bapa Dalam Al-QuranBerikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa. Kedudukan ibu bapa dalam Islam sangat tinggi. Allah swt memerintahkan anak-anak untuk mentaati ibu bapa selagi mana ia tidak bertentangan dengan syara’. Malah, dosa menderhaka kepada ibu bapa dikategorikan sebagai dosa-dosa besar. Malah, keredhaan Allah swt juga terletak pada keredhaan ibu bapa.
Disini disediakan Doa khusus Kepada Ibu Bapa yang terdapat dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian….

Doa Kepada Ibu Bapa Dalam Al-Quran

Doa Ibu Bapa – 1

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Maksudnya:
Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa ke Dua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.

Doa Ibu Bapa – 2

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya:
Tuhan kami, berilah ampun aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim, Ayat 41)

Doa Ibu Bapa – 3

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

Maksudnya:
Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” (Surah Nuh, Ayat 28)

Doa Ibu Bapa – 4

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya:
…Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah an-Naml, Ayat 19)”
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Kepada Ibu Bapa Dalam Al-Quran 1

 


DOA KEBAHAGIAN IBU BAPA

Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dengan penuh susah payah. Ditambah pula kesakitan sewaktu melahirkan kita. Setelah bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia, ibu tetap berusaha menyusukan dan menjaga kita supaya menjadi anak yang soleh solehah.
Bapa pula tanpa kenal erti lelah, membanting tulang mencari nafkah untuk membesarkan kita. Memberi kita keselesaan, memberi pendidikan yang baik, memberi makan dan minum yang halal lagi baik agar kita membesar menjadi anak yang berguna.
Firman Allah swt ,
“Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu dan bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya juga dengan susah payah. Kemudian, ibu menyusuinya hingga dia berusia 30 bulan…” (Surah al-Ahqaf, Ayat 15).
Ibu dan ayah adalah satu anugerah Allah swt paling bermakna. Tanpa mereka berdua, tak mungkinlah kita dapat melihat keindahan dunia. Selagi mereka masih bernyawa, hargailah mereka seadanya. Bahagiakanlah mereka selagi ada daya. Doa ibu bapa buat anak-anak tiada hijab. Jadi, pintalah mereka mendoakan kesejahteraan kita sebagai seorang anak. Bagaimanapun, doa seorang anak buat ibu bapa juga amatlah mustajab.

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Doa Kepada Ibu Bapa Dalam Al-Quran…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.