Home Aktiviti Harian Doa Ketika Mimpi Baik Dan Buruk

Doa Ketika Mimpi Baik Dan Buruk

584
0
Doa Ketika Mimpi Baik Dan Buruk
Doa Ketika Mimpi Baik Dan Buruk Ramai diantara kita yang biasa terjaga tengah malam, kemudian tidak boleh tidur semula sama ada akibat bermimpi buruk atau sebab-sebab lain.
Walau bagaimanapun, hidup kita ini tidak akan pernah tenang kerana walau dalam tidur, syaitan akan menganggu manusia dengan perkara-perkara yang tidak disukai atau melalaikan seseorang. Itulah yang dinamakan dengan mainan tidur atau mimpi yang sering kita dengar bahawa ia adalah datangnya dari syaitan.
Disini disediakan Doa Ketika Mimpi Baik Dan Buruk yang boleh diamalkan bagi dipermudahkan kerja.

Doa Ketika Mimpi Baik Dan Buruk

Doa Ketika Mimpi Baik

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ قَطْلَ الْحَاجَتِ

“Alhamdulillahil ladzii qodzoo haajaati ”

Maksudnya:
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi hajatku”

Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk

اَللّٰهُمَّ إِنّىِ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ

“ Allaahumma innii a’uudzubika min ‘amalisy syaithaani wa sayyiaatil ahlami ”
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari perbuatan setan dan dari mimpi-mimpi yang buruk”
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Ketika Mimpi Baik Dan Buruk 1

 


Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:
a) Meludah ke kirinya, tiga kali
b) Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
c) Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
d) Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
e) Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu .
Seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :
1. Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
2. Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
3. Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
4. Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
5. Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
6. Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
7. Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal
Doa Ketika Mimpi Baik Dan Buruk …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.