Home Aktiviti Harian Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan

Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan

837
0
Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan
Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan, umat ​​Islam digalakkan untuk berdoa dalam mengerjakan segala sesuatu, termasuk ketika menuntut ilmu. Dengan membaca doa, ilmu yang diperolehi sudah pasti bermanfaat dan berkat. Menuntut Ilmu itu Mudah, karangan Abdul Hamid M Djamil Lc, ilmu berasal dari bahasa Arab, العِلْـمُ yang bermaksud mengetahui. Perkataan العِلْـمُ ialah masdar perkataan عَلِمَ – يَعْلَمُ . Orang yang berilmu disebut alimun (mengetahui).
Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Dari Anas RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang keluar untuk mencari atau menuntut ilmu, maka dia adalah orang yang berjihad fi sabilillah sehingga ia kembali”. (Riwayat oleh Tirmidzi)
Rasulullah SAW menerangkan kepada kita betapa pentingnya menuntut ilmu di kalangan umat Islam. Ilmu pengetahuan sering disebut sebagai jambatan kejayaan, pemangkin kemenangan dan pelbagai lagi. Maka, tidak hairanlah mengapa ia menjadi tuntutan dan saranan yang penting. Disini disediakan Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan… semoga bermanafaat…..

Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan

Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا بَدِيْعُ السَّمَٰوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا ﭐﷲُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْـأَلُكَ أَنْ تُحْيِيَ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِـيْنَ

Maksudnya:
“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup yang Berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah, Tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada-Mu semoga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah-Mu, Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan 1


“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan…..   Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.