Himpunan DSKP KSSR Tahun 6

0
17

Pada dasarnya DSKP mengandungi standard pembelajaran iaitu satu penetapan kriteria atau indikator terhadap kualiti pembelajaran. Sementara itu pencapaian standard kandungan boleh diukur dan dinilai. Himpunan DSKP KSSR Tahun 6 menepati segala keperluan yang diperlukan oleh guru-guru sebagai panduan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama standard prestasi digunakan sebagai satu set kriteria umum yang menggambarkan penguasaan murid terhadap sesuatu tajuk, konsep dan istilah yang telah dipelajari.

DAPATKAN Himpunan DSKP KSSR Tahun 6″ DISINI

PERKARA

SUBJEK TAHUN 6

 

SILA CLICK SEBELAH UNTUK MENDAPATKAN

 

HIMPUNAN DSKP KSSR TAHUN 6



Selain Himpunan DSKP KSSR Tahun 6…..Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah !!!….


Transformasi kurikulum pendidikan Malaysia iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah sebagai persediaan bagi melahirkan pelajar berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Menerusi suntikan baharu yang sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 itu, pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berfikiran aras tinggi dan ia akan difokuskan dalam semua mata pelajaran yang dipelajari.

Selain kemahiran berfikir aras tinggi, beliau berkata, perubahan lain yang boleh dilihat menerusi transformasi KSSR dan KSSM ialah penggunaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Ini satu perubahan yang sedang berlaku dan sebelum ini sekolah menengah menggunakan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi setiap mata pelajaran.

Elemen pentaksiran pula dimasukkan di dalam DSKP untuk semua mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah. Perubahan lain yang dibuat ialah peruntukan masa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu daripada minit kepada bentuk lain sebagai contoh menggunakan jam. Seperti diketahui, buat masa ini bagi sekolah menengah menggunakan kaedah satu waktu bersamaan 40 minit untuk sesi pembelajaran manakala sekolah rendah ialah satu masa bersamaan 30 minit. Justeru, peruntukan masa ini akan berubah supaya sesi pengajaran dan pembelajaran guru di kelas akan lebih berkesan dan menarik.

Bagi KBSM untuk peringkat sekolah menengah, ia disemak semula pada 2003 dan beberapa perubahan telah dilakukan terhadap mata pelajaran namun, kurikulum berkenaan akan diganti dengan kurikulum baru bersesuaian dengan murid yang mengikuti KSSR sekarang.

Tujuan utama penambahbaikan dibuat terhadap kurikulum ini adalah untuk memastikan supaya pelajar yang terbabit memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan serta cabaran di abad ke-21 ini.

Kementerian Pendidikan melakukan proses perubahan bersifat holistik terhadap kurikulum yang diguna pakai di sekolah. Ia bermaksud kurikulum itu disemak semula serta melalui perubahan dari segi bentuk kurikulum itu sendiri, kerangkanya seterusnya organisasi kurikulum berkenaan.

Adalah penting bagi guru mengetahui pedagogi iaitu kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah apabila kurikulum baharu ini dilaksanakan kerana segala perubahan terhadap kurikulum itu yang dibuat secara holistik adalah membabitkan reka bentuk kurikulum, organisasi, kandungan, pedagogi, masa, kaedah pentaksiran dan cara sekolah menguruskan kurikulum.

Segala perubahan akan disemak selepas beberapa tahun dilaksanakan, dikaji lagi sama ada sesuai untuk diteruskan atau ditambah baik atau diubah. Secara lazimnya, proses ini memerlukan masa iaitu antara lima hingga 10 tahun. kurikulum yang digunakan pada masa ini perlu diubahsuai bagi memastikan pelajar mencapai enam aspirasi yang digariskan Kementerian Pendidikan. Ia perlu diubah bagi memastikan kurikulum itu memberi penekanan kepada pelajar supaya dapat memperolehi kemahiran abad ke-21 seperti mempunyai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan menguasai bahasa.

Faktor lain ialah mengambil kira elemen perpaduan dan keharmonian kaum kerana itu asas dan landasan kepada sistem pendidikan kebangsaan dan ia juga masih utuh sehingga hari ini.

LIMA STRATEGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan telah melaksanakan lima strategi bagi memastikan pendidikan arus perdana mampu menyediakan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi dan bersaing di peringkat global.

KPM sentiasa memberi fokus kepada bidang kreatif dan teknologi. Lima strategi telah dilaksanakan iaitu

1. Strategi pertama ialah KPM telah memasukkan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) secara eksplisit ke dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

2. Strategi kedua kementerian telah melaksanakan Kursus i-Think Dalam Talian (KiDT), Kursus i-Think Luar Talian (KiLT) dan kursus iThink Secara Bersemuka (KiSB) kepada warga pendidik bagi meningkat dan membudayakan kemahiran berfikir.

3. Strategi ketiga adalah menawarkan mata pelajaran berasaskan kreativiti dan teknologi pada peringkat menengah atas yang mana murid berpeluang mengikuti pelajaran seperti Grafik Komunikasi Teknikal, Asas Kelestarian, Reka Cipta dan Sains Komputer.

4. Strategi keempat adalah dengan menaik taraf kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di bawah KSSR (semakan 2017) melalui pelaksanaan Modul TMK bagi melahirkan murid berkemahiran TMK, kreatif dan inovatif. Dengan pelaksanaan mata pelajaran ini dapat meningkatkan kemahiran pemikiran komputer melalui pengekodan dan pengaturcaraan.

5. Strategi kelima ialah mewujudkan sekolah model yang membudayakan KBAT sebagai rujukan di peringkat daerah. Justeru, kementerian yakin dengan adanya sistem pendidikan ini, pastinya dapat menjadikan pelajar cemerlang pada masa hadapan bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dari segi kemahiran.

KESIMPULAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 telah disemak semula bagi memenuhi dasar baharu di bawah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum
berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSR menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk
semua mata pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

Usaha memasukkan Standard Prestasi di dalam dokumen kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menerusinya, murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid.

DSKP yang dihasilkan telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSR, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi menjayakan pelaksanaan KSSR, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek supaya murid dapat menguasai
kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan KSSR. Semoga pelaksanaan KSSR akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan.