Himpunan Templat Pelaporan PBD Tahun 2

0
1550

Templat Pelaporan PBD Tahun 2 adalah sebahagian daripada komponen di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2. Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenal pasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri
daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri
daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentakiran Sekolah (PS),
manakala kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3
Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah
dan Menengah Rendah (KP.LP.003.07.14.05(1)) bertarikh 29 Julai 2011.


Muat Turun : Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018

Related Post :

KESIMPULAN

PBD merupakan pentaksiran berterusan yang membolehkan guru mengumpul maklumat
tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid terhadap Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran.

Pentaksiran berterusan secara formatif dan sumatif dalam PBD ini merupakan tumpuan
utama Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu wahana bagi memastikan
perkembangan holistik dalam kalangan murid.

Pelaksanaan PBD memerlukan guru memahami Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi di samping pelbagai kaedah pentaksiran. Murid
juga perlu dimaklumkan tentang aspek atau kriteria yang ditaksir. Keadaan ini
membolehkan murid ditaksir dengan adil dan dalam keadaan mereka tahu serta
bersedia untuk ditaksir. Laporan pentaksiran seperti Tahap Penguasaan murid juga
perlu dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa agar semua pihak tahu dan seterusnya
boleh mengambil tindakan susulan yang sesuai ke arah meningkatkan penguasaan
murid dalam pembelajaran mereka.
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada PdP. Pentaksiran dalam bilik darjah ini
menyumbang kepada pembentukan modal insan yang holistik dan seimbang seperti
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan pentaksiran yang
berterusan dalam bilik darjah diharap dapat diperkasakan dan dibudayakan oleh pihak
sekolah. Pembudayaan PBD dalam kalangan guru berupaya menghasilkan anjakan
kepada pendidikan yang tidak berorientasikan peperiksaan.