Home Pelaporan PBD Himpunan Templat Pelaporan PBD Tahun 3

Himpunan Templat Pelaporan PBD Tahun 3

5235
0
Himpunan Templat Pelaporan PBD Tahun 3
Himpunan Templat Pelaporan PBD Tahun 3 adalah sebahagian daripada komponen di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 3. Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenal pasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.

 

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentakiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah (KP.LP.003.07.14.05(1)) bertarikh 29 Julai 2011.
Muat Turun
1. Templat Pelaporan PBD Bahasa Melayu SJK
2. Templat Pelaporan PBD Bahasa Melayu SK
3. Templat Pelaporan PBD Bahasa Iban Tahun 3
4. Templat Pelaporan PBD Bahasa Arab Tahun 3
5. Templat Pelaporan PBD Bahasa Tamil Tahun 3
6. Templat Pelaporan PBD Bahasa Cina SJK Tahun 3
7. Templat Pelaporan PBD Bahasa Cina SK Tahun 3
8. Templat Pelaporan PBD Bahasa Inggeris SJK
9. Templat Pelaporan PBD Bahasa Inggeris SK
10. Templat Pelaporan PBD Bahasa Semai Tahun 3
11. Templat Pelaporan PBD Bahasa Kadazandusun
12. Templat Pelaporan PBD Dunia Muzik Tahun 3
13. Templat Pelaporan PBD Dunia Seni Visual Tahun 3
14. Templat Pelaporan PBD Pendidikan Moral Tahun 3
15. Templat Pelaporan PBD Matematik Tahun 3
16. Templat Pelaporan PBD Pendidikan Islam Tahun 3
17. Templat Pelaporan PBD Pendidikan Jasmani
18. Templat Pelaporan PBD Pendidikan Kesihatan
19. Templat Pelaporan PBD Dunia Sains Dan Teknologi

Himpunan Templat Pelaporan PBD Tahun 3 1


Related Post :

Himpunan Templat Pelaporan PBD Tahun 1
Himpunan Templat Pelaporan PBD Tahun 2
Himpunan Templat Pelaporan PBD Tahun 4
Himpunan Templat Pelaporan PBD Tahun 5
Himpunan Templat Pelaporan PBD Tahun 6

KESIMPULAN

Himpunan Templat Pelaporan PBD Tahun 3 merupakan pentaksiran berterusan yang membolehkan guru mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid terhadap Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran.
Pentaksiran berterusan secara formatif dan sumatif dalam PBD ini merupakan tumpuan utama Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu wahana bagi memastikan perkembangan holistik dalam kalangan murid.
Pelaksanaan PBD memerlukan guru memahami Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi di samping pelbagai kaedah pentaksiran. Murid juga perlu dimaklumkan tentang aspek atau kriteria yang ditaksir. Keadaan ini membolehkan murid ditaksir dengan adil dan dalam keadaan mereka tahu serta bersedia untuk ditaksir. Laporan pentaksiran seperti Tahap Penguasaan murid juga perlu dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa agar semua pihak tahu dan seterusnya boleh mengambil tindakan susulan yang sesuai ke arah meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran mereka.
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada PdP. Pentaksiran dalam bilik darjah ini menyumbang kepada pembentukan modal insan yang holistik dan seimbang seperti dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan pentaksiran yang berterusan dalam bilik darjah diharap dapat diperkasakan dan dibudayakan oleh pihak sekolah. Pembudayaan PBD dalam kalangan guru berupaya menghasilkan anjakan kepada pendidikan yang tidak berorientasikan peperiksaan.